spot_img

Ibu Ini Kongsi Tips “Scam” Anak Susah Nak Minum Ubat Guna Air Kotak

- Advertisement -

ANAK-ANAK memang banyak ragamnya apatah lagi jika tiba waktu untuk makan ubat. Aksinya yang memberontak kadang membuatkan para ibu ‘naik hantu’ dibuatnya.

Masalah ini biasanya lebih kerap berlaku kepada peringkat umur bayi dan kanak-kanak. Jadi, tidak hairanlah jika ada ibu bapa yang mengambil berbagai-bagai alternatif bagi memastikan si anak tersayang dapat menelan ubat.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi tips bagaimana nak membuatkan anak lebih senang makan ubat mencuri perhatian ramai.

- Advertisement -

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @qasmahqasehcloset, kelihatan seorang budak lelaki sedang asik meneguk air kotak yang diberikan oleh ibunya.

Namun siapa sangka, rupa-rupanya ‘air’ yang diteguk itu adalah ubat cecair yang telah di ‘custom’ ibunya dan diletakkan ke dalam kotak air yang telah dikosongkan itu.

- Advertisement -

Dapat kita lihat, dia membuat lubang berbentuk segi empat untuk memasukkan bekas kecil yang berisi ubat cecair untuk anaknya dan apa yang lebih melucukan adalah ‘prank’ ibunya itu berjaya apabila si anak tidak henti meneguk dan menganggap ianya adalah air kotak berperisa.

“tips anak susah minum ubat..buat macam ni..”– katanya

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@qasmahqasehcloset♬ original sound – Manoeuvres Ignite – Manoeuvres Ignite 🇵🇭

- Advertisement -

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 71.2K tanda suka, 578 komen dan 2628 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ianya adalah satu tips yang berguna dan turut ingin mencuba tips tersebut pada anak mereka yang susah untuk makan ubat.

Dalam masa yang sama, para netizen juga sempat berseloroh meminta si ibu untuk tidak memuat naik video tersebut di laman TikTok agar tidak ‘kantoi’ dengan anaknnya.

Reaksi beberapa warga maya

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL