spot_img

Kisah Unik Presiden Ukraine, Dari Pelawak Kini Jadi “Presiden Perang”

- Advertisement -

BAGI yang mengikuti isu dunia terkini mengenai peperangan di antara Rusia dan Ukraine, korang pastinya sudah kenal dengan sosok pemerintah Rusia yang sangat terkenal iaitu Vladimir Putin.

Pun begitu, tak ramai yang sebenarnya kenal dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang kini sedang melalui fasa paling genting dalam hidupnya ketika menyandang jawatan nombor satu negara tersebut.

Tiada latar belakang politik, asalnya seorang pelawak

- Advertisement -

Zelensky sebenarnya mempunyai kisah yang unik mengenai bagaimana dia menyertai politik dan akhirnya menjadi presiden.

Menurut Astro AWANI, beliau telah diangkat menjadi presiden negaranya hanya kerana populariti berlakon dalam satu siri televisyen komedi. Uish biar betul?

- Advertisement -

Dilahirkan di bandar Kryvyi Rih, Zelensky, 44, yang berdarah Yahudi ini merupakan lulusan Kyiv National University dengan sarjana perundangan.

Walau bagaimanapun, bakatnya sebagai pelawak mula dicungkil ketika berusia 17 tahun apabila dia menyertai pertandingan komedi dan memenanginya pada tahun 1997.

- Advertisement -

Dari situ kariernya sebagai pelawak mula berkembang dan pada tahun 2008 dia berlakon dalam filem featured iaitu Love in the Big City 1, 2 & 3 dan Office Romance. Dia juga berlakon sebagai watak utama dalam filem 8 First Dates pada 2015 dan sekuelnya pada 2016. Not bad!

Pada tahun 2015 inilah di mana karier Zelensky memuncak apabila dia menjadi bintang dalam siri TV popular di Ukraine iaitu Servant of the People. Siri ini mengisahkan watak Zelensky sebagai seorang guru sejarah sekolah menengah yang menang pilihan raya selepas tular satu video dirinya mengutuk isu rasuah di Ukraine.

Kisah siri menjadi nyata, Zelensky dipilih menjadi presiden

Siapa sangka, selepas melakonkan watak sebagai presiden berdasarkan skrip program dalam tempoh yang agak lama, Zelensky akhirnya mengambil keputusan untuk terjun ke dunia politik pada 2019 dengan menubuhkan parti bernama Servant of the People.

Dia mencabar Presiden Ukraine pada masa itu, Petro Poroshenko dalam pilihan raya presiden. Meskipun pemerhati politik ‘tidak yakin’ dengan cabaran yang diambilnya, Zelensky mempunyai jumlah sokongan yang kuat.

Menurut laporan BBC, Zelensky juga dilihat sering mengelak dari berbincang atau mengulas mengenai isu serius sepanjang kempen dan hanya bergantung kepada hantaran video komedi ringan di socmed.

Sikapnya itu tentu sekali menjadi bahan yang dipersendakan oleh pesaing politik. Tapi siapa sangka, nasib memang betul menyebelahi Zelensky apabila dia berjaya menewaskan Poroshenko dengan kiraan lebih 70% undi!

Kini, presiden yang dahulunya mempunyai karier yang hebat sebagai pelawak ini berdepan dengan krisis teruk dan lebih menakutkan dia berdepan dengan Vladimir Putin yang merupakan seorang ahli politik veteran dan bekas perisik KGB.

Zelensky dalam satu siaran khas buat rakyatnya baru-baru ini memberitahu yang dia berikrar akan melawan Rusia dan meyakinkan mereka bahawa Ukraine akan menghadapi segala kemungkinan menerusi peperangan ini.

Semoga rakyat di Ukraine tabah mengharungi dugaan ini.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL