Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Beli Rumah Untuk Tutup Rahsia 1MDB, Aset Rohana Rozhan Kini Dibeku SPRM
spot_img

Beli Rumah Untuk Tutup Rahsia 1MDB, Aset Rohana Rozhan Kini Dibeku SPRM

- Advertisement -

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertindak membekukan aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan. Tindakan ini diambil selepas agensi terbabit memulakan siasatan di atas dakwaan pemilikan rumah oleh Tim Leissner yang dibeli menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Awani.

Menurut sumber SPRM, pembekuan ini dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001) selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Leissner mendakwa telah diugut oleh Rohana Rozhan untuk membelikannya sebuah rumah bernilai AS$10 juta di London.

Perintah pembekuan aset dan akaun bank milik Rohana ini membabitkan larangan ke atasnya daripada melakukan sebarang transaksi melibatkan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK). Ini selepas Rohana didapati membayar harga rumah tersebut menggunakan wang yang diberikan oleh Leissner, sementara baki wang telah disimpan di sebuah akaun di UK.

- Advertisement -

Menurut laporan The Star, SPRM telah mengambil keterangan daripada Rohana di ibu pejabatnya di Putrajaya pada 9 pagi Khamis. Siasatan SPRM dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Agensi antirasuah itu dikatakan telah membuka siasatan berikutan keterangan Leissner di mahkamah persekutuan AS dalam perbicaraan terhadap warga Malaysia Roger Ng, yang dituduh bersubahat untuk mencuci wang dan melanggar undang-undang anti rasuah melibatkan dana 1MDB.

Pada Selasa lalu, Leissner memberi keterangan kepada mahkamah persekutuan AS bahawa dia telah menghadiahkan sebuah rumah berharga AS$10 juta (RM42 juta) di London kepada seorang CEO media semasa mereka menjalinkan hubungan sulit selama sedekad.

- Advertisement -

Leissner mendakwa bekas kekasihnya telah memeras ugut dan memintanya membeli sebuah rumah di London dan mengancam untuk mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB. Hubungan itu berlangsung dari 2003 hingga 2013, katanya kepada juri.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL