spot_img

Gadis Teruk Kena Pedajal Sampai Pemandu Lain Asyik Bagi Hon Sepanjang Jalan

- Advertisement -

SEORANG wanita berkongsikan satu video memaparkan kejadian yang agak lucu dan menghiburkan di jalan raya. Apa tidaknya selepas melihat sebuah kereta berwarna biru di hadapannya, dia perasan ada satu kertas putih yang dilekatkan di belakangnya. Video diakhir artikel ini.

Bila dilihat dengan teliti, terdapat ayat yang ditulis di kertas tersebut yang berbunyi “Harini birthday saya. Tolong hon 2 kali. Tq”.

Tanpa berfikir panjang, wanita ini kemudian terus menyuruh driver disebelahnya untuk membunyikan hon kereta tersebut seperti yang diminta dalam kertas tersebut.

- Advertisement -

Tak dapat bayangkan apa perasaan pemandu kereta tersebut, mesti dia tertanya-tanya sama ada dia ada buat salah ke tidak. hahaha.

Wanita ini kemudian mahu membunyikan hon buat kali kedua dan mahu membuka tingkap untuk mengucap selamat hari jadi, tetapi kereta itu kemudian memasuki selekoh yang lain pula.

- Advertisement -

Video tersebut kemudian dimuat naik oleh wanita tersebut ke akaun TikToknya @dyrasalleh dan dengan pantas menjadi tular sehingga mencecah berjuta view.

Rata-rata netizen terhibur dan merasakan pemilik kereta tersebut sememangnya kena ‘prank’ dengan rakan-rakannya.

Namun tanpa disangka-sangka, pemilik kenderaan biru itu yang juga merupakan seorang wanita turut memberikan komen dalam video tular tersebut.

- Advertisement -

Rupa-rupanya, wanita pemilik kenderaan itu tidak menyedari ada kertas ditampal di belakang keretanya, hinggalah akhirnya mengetahui semua itu kerja rakan-rakan sekerjanya di ofis.

Rakaman yang tular 1

Rakaman yang tular 2

Reaksi beberapa warga maya

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL