spot_img

Aksi Pilu Ibu Gajah Kejutkan Anaknya Yang Mati Bangun Terkena Renjatan Elektrik

- Advertisement -

HAIWAN diciptakan tidak mempunyai akal di mana mereka tidak dapat membezakan antara betul dan salah namun pun begitu, mereka masih dikurniakan perasaan kasih sayang sama seperti manusia namun mereka tidak mampu untuk meluahkannya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anak gajah terkena renjatan elektrik mengundang sebak ramai. Difahamkan, kejadian malang itu berlaku di hutan Walayar, wilayah Palakkad di Kerala, India. Menurut sumber, anak gajah tersebut dikatakan terpisah daripada kumpulannya di hutan sebelum tersesat masuk ke sebuah ladang yang mempunyai jaluran wayar elektrik. Video diakhir artikel ini.

- Advertisement -

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat seekor anak gajah yang sudah ‘keras kejung’ akibat terkena renjatan elektrik. Dikatakan, penduduk tempatan di situ menjumpai bangkai tersebut dan mendakwa terdapat tiga ekor gajah gajah dewasa yang lain dipercayai kawanannya turut berada di situ.

Pada ketika itu, gajah tersebut telah pun mati namun ketiga-tiga gajah tersebut didakwa menggerak-gerakkan bangkai anak gajah itu seolah-olah ingin ‘membangunkannya’ kembali tanpa mengerti apa yang sudah terjadi. Namun apa yang menyayat hati adalah salah seekor daripada tiga gajah itu dipercayai ibu kepada anak gajah tersebut.

- Advertisement -

Penemuan bangkai itu dilaporkan kepada jabatan hutan dan penguatkuasanya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengambilnya bagi tujuan bedah siasat. Menurut laporan media tempatan, kawasan tanah tempat bangkai anak gajah itu ditemui tersebut dipajakkan kepada pengusaha ladang oleh pihak Kuil Sree Emoor Bhagavathy.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL