spot_img

Kerajaan Malaysia Diarah Bayar Wang Pampasan Sebanyak RM62 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu

- Advertisement -

MALAYSIA diarahkan membayar wang pampasan AS$14.92 bilion (RM62 bilion) kepada waris keluarga Sultan Sulu oleh mahkamah timbang tara di Paris, Perancis selepas didapati melanggar perjanjian 1878. Menurut La Información, penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa bertanggungjawab mengeluarkan arahan tersebut Paris, dengan kerajaan Malaysia diarahkan untuk membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan.

Difahamkan bahawa Malaysia didakwa telah melanggar perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al Alam, Sultan Sulu, Baron Overbeck dan pengasas Syarikat Borneo Utara British, Alfred Dent. Perjanjian ini menetapkan sebagai pertukaran kepada mutiara, sarang burung, kayu dan sumber semula jadi lain yang terdapat di rantau ini, Malaysia diarahkan untuk mengeluarkan bayaran tahunan sebanyak RM5,300.

- Advertisement -

Perjanjian itu pada dasarnya bertindak sebagai pajakan sumber asli wilayah yang kini sebahagian daripada Malaysia, tetapi milik Sepanyol pada masa itu. Tetapi, Malaysia menghentikan pembayaran pada 2013 dengan alasan bahawa wilayah di bawah perjanjian tersebut sepatutnya menjadi milik Malaysia secara sah selepas kemerdekaan pada 1957.

Menurut BFM News, Malaysia dikatakan gagal mematuhi apa yang dijanjikan pada 1878 dan menuntut resolusi bertarikh Januari 2013 hingga Januari 2044. Selain itu, penimbang tara juga memberikan tempoh tangguh kepada Malaysia untuk membuat pembayaran RM62.6 bilion dalam tempoh 3 bulan, di mana dalam tempoh itu, tiada faedah akan dimasukkan.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

- Advertisement -

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL