spot_img

“Pengajaran buat kak long” Wanita Menangis Minta Maaf Pada Cashier Lepas Video Mengamuk Dikecam

- Advertisement -

SEPERTI yang korang tahu, video seorang wanita mengamuk selepas anaknya dituduh mencuri telah viral di pelbagai platform media sosial.

Ramai yang mengecam tindakan wanita tersebut yang dilihat gagal mengawal emosinya ditambah pula dengan reaksi anaknya yang memberontak sehingga membaling barang-barang di kedai serbaneka tersebut dan menendang kaunter.

Ekoran ini, wanita yang memanggil dirinya Kak Long ini telah pun pergi semula ke kedai serbaneka tersebut untuk menjernihkan keadaan dan meminta maaf atas keterlanjurannya semalam.

- Advertisement -

“Pengajaran buat kak long”

Wanita bernama Wan Nor Baizura ini turut membuat siaran langsung di Facebook menunjukkan yang dia telah datang semula ke kedai serbaneka tersebut untuk melihat CCTV serta meminta maaf kepada pekerja-pekerja di sana.

Dalam video tersebut, pekerja kedai serbaneka itu turut memberitahu bahawa anaknya itu memang tidak mencuri dan bersedia memaafkan wanita tersebut.

- Advertisement -

Kalau korang tengok video dekat bawah ni, wanita ini turut menangis ketika minta maaf kerana sedar akan kekhilafan dirinya.

“Memang saya datang sini dalam keadaan kasar. Saya mengaku. Saya minta maaf banyak-banyak.”

Tak cukup dengan itu, Kak Long ini juga turut menyatakan kesudiannya untuk membayar segala kerosakan yang dibuat oleh anaknya namun pekerja tersebut menolak dan mengatakan tiada barang rosak dek tindakan anaknya itu.

“Berhentilah sebarkan”

- Advertisement -

Selain mengakui kesilapannya, wanita ini turut meminta agar orang ramai berhenti sebarkan videonya kerana dia tak mahu memanjangkan perkara ini.

“Memang anak saya gini. Budak-budak. Perangai budak-budak sampai dengan saya jadi budak-budak. Saya jadikan perkara ini pedoman.”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati wanita ini untuk berhati-hati selepas ini dan belajar untuk selidik dulu sebelum melenting.

Benda pun dah settle… Harapnya perkara ni jadi pengajaran bukan je untuk Kak Long ni tapi juga untuk ibu bapa lain.

Rakaman Baizura ada di 7e Paka ingin buat permohonan maaf kepada staff 7e: LINK DISINI

Rakaman Baizura mohon netizen berhenti sebarkan video: LINK DISINI

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL