spot_img

Wakil Nilofa Tampil Beri Jawapan Isu Beri Susu Hampir Tamat Tempoh Percuma

- Advertisement -

SEMALAM tular di media sosial satu hantaran yang menunjukkan barisan panjang yang terjadi di salah sebuah gudang Nilofa yang terletak di Meru, Klang. Difahamkan bahawa barisan panjang itu terjadi disebabkan oleh orang ramai mengambil peluang untuk mengambil susu berperisa durian secara percuma.

Menurut netizen di ruang komen, susu itu diberikan secara percuma kerana sudah menghampiri tarikh luput.

Ketika dihubungi, salah seorang sumber terdekat Nilofa memberitahu bahawa susu itu sebenarnya memang untuk diberikan percuma kepada orang ramai.

- Advertisement -

Kata sumber tersebut, jika susu itu diambil dalam bilangan yang sedikit ia tidak akan menjadi masalah kerana boleh diminum sebelum tarikh luput, tetapi yang menjadi masalah apabila ada sesetengah orang yang datang ambil dengan bilangan yang banyak dan jadikan perkara itu sebagai isu.

Difahamkan bahawa susu ini sebenarnya akan di hantar ke China, tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan sebelum ini, jadi ada barang dagangan yang tidak boleh dihantar ke sana. Nilofa dengan niat tidak mahu membazir mencadangkan susu itu disumbangkan kepada orang ramai.

- Advertisement -

Nilofa adalah salah satu produk keluaran selebriti Neelofa yang sebelum ini aktif berlakon sebelum menceburi bidang perniagaan. Produk ini mula diperkenalkan kepada umum sekitar tahun 2019.

Produk ini menggunakan susu segar premium dari Australia dan bahan semula jadi untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Minuman berperisa buah-buahan ini disediakan tanpa bahan pengawet tambahan atau pewarna tiruan.

Minuman susu yang diperakui halal ini didatangkan dalam dua perisa buah tropika kegemaran Malaysia – Pisang dan Durian – dan boleh diminum mengikut kesukaan pelanggan, sama ada sejuk atau suam.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL