spot_img

Sekolah Buat Ujian “Praktikal” Perkahwinan, Pelajar Seronok Boleh Main “Kahwin-Kahwin”

- Advertisement -

BARU-BARU ini tular di media sosial apabila sebuah sekolah menengah di Jawa Timur, Indonesia mengadakan ujian praktikal perkahwinan yang menyerupai majlis resepsi sebenar. Eh, kahwin pun ada praktikal?

Sekolah adakan ujian perkahwinan

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ikalia di TikTok, memaparkan dua pelajar berlakon sebagai pasangan pengantin dengan mengenakan solekan serta busana pengantin sambil diiringi para pelajar yang lain.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan segala persiapan dari pelamin hingga ke dekorasi disediakan seperti majlis perkahwinan sebenar dan turut dihadiri para tetamu. Difahamkan ujian perkahwinan tersebut dilakukan di Sekolah Menengah Negeri 4, Tuban, Jawa Timur.

- Advertisement -

Menurut seorang pelajar yang dikenali sebagai Ika Rachmawati, praktikal perkahwinan tersebut merupakan salah satu ujian dalam subjek bahasa jawa. Ujarnya lagi, ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai proses perkahwinan adat Jawa.

“Kami diminta untuk membuat praktikal perkahwinan untuk mengetahui bagaimana perkahwinan penduduk jawa. Daripada ketibaaan pengantin sehingga selesai semua proses perkahwinan tersebut.”

Video berdurasi 56 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 200 ribu tanda suka di TikTok.

Proses perkahwinan adat Jawa

@rmtii XII closth #menikahmudakuy #disponsori #fyp #xyzbca #ujianpraktek #ujianpraktekbahasajawa #foryoupage #trending ♬ Gugur Gunung – Bagus Shidqi
- Advertisement -

Rakaman kedua

@rmtii Balas @keyyxrc ini versi fullnya #menikahmudakuy #foryoupage #fyp #xyzbca #ujianpraktek #ujianpraktekbahasajawa #disponsori ♬ Gugur Gunung – Bagus Shidqi

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL