Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
TGV Cinemas "Re-Start" Tayangan Batman Selepas 45 Minit, Beri Alasan Ada Pelanggan Datang Lambat
spot_img

TGV Cinemas “Re-Start” Tayangan Batman Selepas 45 Minit, Beri Alasan Ada Pelanggan Datang Lambat

- Advertisement -

TULAR di media sosial selepas terdapat dakwaan bahawa TGV Cinemas di Viva City, Kuching, Sarawak mengulang filem The Batman selepas 45 minit ia ditayangkan disebabkan oleh pelanggan yang datang lambat. Dakwaan ini hadir selepas pengulas filem, ZhafVlog memuat naik satu tangkap layar di mana seorang individu di Facebook mendakwa bahawa tayangan The Batman yang sudah dimainkan di layar selepas 45 minit terpaksa di ulang tayang.

Memetik tangkap layar yang dimuat naik oleh ZhavFlog dan menerusi hantaran Fazillah Raduan, difahamkan bahawa The Batman ditayangkan pada pukul 7:15 malam dan selepas 45 minit tayangan, pihak TGV membuat pengumuman bahawa filem akan dimulakan daripada awal. Apabila beliau bertanya alasan disebalik tindakan TGV, salah seorang staf memberi alasan bahawa terdapat ‘pelanggan’ yang baru datang.

- Advertisement -

“Filem ini berdurasi 178 minit. Sekarang saya terpaksa bertahan 45 minit lagi hanya kerana sekumpulan orang masuk lewat?” Kata Fazillah.

“Salah seorang pengurus berkata, kami boleh membuat bayaran balik. Saya beritahu dia, ini bukan soal wang, ini soal keadilan. Adakah anda cuba beritahu bahawa saya dan pelanggan yang lain bahawa mereka kurang penting daripada mereka yang lewat? Ayuh TGV sila semak semula SOP anda.”

ZhafVlog yang memuat naik hantaran tersebut di laman Twitter milik beliau turut meminta penjelasan TGV. Beliau bertanya adakah wujud layanan dua darjat daripada pengurusan TGV? atau adakah pelanggan yang datang lambat itu adalah individu yang ‘penting’ sehingga pihak TGV terpaksa mengulang tayangan The Batman yang sudah berlangsung selama 45 minit.

- Advertisement -

“You’d better have some great explaination @TGVCinemas? Siapa ****** yang istimewa sangat sampai perlu ‘re-start’ balik wayang selepas 45 minit? Kalau ada isu teknikal takde hal, ini sebab ada waknat yang minta ‘re-start’? It better not be some ****** anak menteri or related ****,” kata Zhaf di laman Twitter miliknya.

Pihak media cuba menghubungi pihak TGV Cinemas untuk meminta penjelasan berkenaan isu terbabit. Namun sehingga sekarang, masih tiada apa-apa jawapan. Setakat laporan ini ditulis, pihak TGV Cinemas juga masih belum keluarkan apa-apa kenyataan.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL