spot_img

Wakil SOG Tampil Jawab Dakwaan Lagu Pelukan Angkasa Didakwa Sebar Unsur “Akidah Kebatinan”

- Advertisement -

SEORANG lelaki di Facebook menyatakan bahawa lagu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) yang berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu Ke-36 pada hari Ahad lalu mempunyai unsur-unsur akidah kebatinan.

Dalam satu hantaran tular yang dimuat naik pada hari yang sama SOG memenangi anugerah tersebut, beliau mendakwa bahawa telah menerima mesej dari salah seorang pembaca bukunya yang mendakwa bahawa terdapat unsur ‘lain macam’ dalam lirik lagu Pelukan Angkasa yang ditulis oleh Fazleena Hishamuddin.

- Advertisement -

Beliau berkata bahawa beberapa lirik tersebut dekat dengan akidah kebatinan di mana mempunyai unsur alam, ilusi, kebatinan beberapa unsur lain, “Sebenarnya tidak pelik akidah sebegini disebar melalui lagu kerana kita telah melihat beberapa lagu yang terkenal di alam melayu ni turut melakukan perkara yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, sebahagian netizen melihat tindakan lelaki ini adalah untuk menumpang populariti lagu Pelukan Angkasa untuk mempromosi bukunya yang didakwa meniru kulit buku The Secret tulisan Rhonda Byrne. Manakala sebahagian lagi hanya mentertawakan beliau yang terlalu taksub teori konspirasi.

- Advertisement -

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Raja Nazrin Shah, komposer lagu Pelukan Angkasa yang juga sebahagian daripada ahli kumpulan SOG, “Salam, saya komposer lagu ini. Dan lirik lagu ini adalah hasil nukilan Fazleena Hishamuddin. Saya yang project the idea dan direction tema lirik untuk kak Faz terjemahkan dalam penulisan. Sekarang saya sedang menikmati perbahasan kalian tentang lagu ini,” katanya menepis dakwaan lelaki tersebut.

Lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin yang dipersembahkan kumpulan SOG dan Shila Amzah diumum juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 pada hari Ahad lalu. Kemenangan ini melayakkan meraka membawa pulang wang tunai RM100,000.

Naib juara pula milik Marsha Milan dengan lagu Cinta dan tempat ketiga disandang Haqiem Rusli dengan lagu Mimpi, masing-masing membawa pulang hadiah RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL