Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Dituduh Jual Sotong "Frozen" Diperbuat Dari Dubur Khinzir, Syarikat Ini Nafikan Dakwaan Netizen
spot_img

Dituduh Jual Sotong “Frozen” Diperbuat Dari Dubur Khinzir, Syarikat Ini Nafikan Dakwaan Netizen

- Advertisement -

SEBELUM ini tular dakwaan berkaitan status halal satu produk makanan sejuk beku (frozen) dimana ada individu tidak bertanggungjawab mengatakan cincin sotong tersebut daripada dubur babi walaupun diiktiraf halal oleh JAKIM.

Difahamkan, khabar angin tidak benar itu telah tular di media sosial dan juga dikongsikan sebagai mesej berangkai, lalu mempengaruhi ramai orang terutama sekali golongan berusia yang mudah percaya berita seperti ini.

- Advertisement -

Lantaran itu, syarikat tersebut menafikan dakwaan itu dalam satu sidang media dan menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap netizen yang menyebarkan dakwaan tidak benar itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shen Hua Resources, Rodney Soon, pihaknya mendapati dua netizen menyebarkan khabar angin itu di Facebook untuk memburuk-burukkan produk cincin sotong keluaran syarikat induk mereka, Dayou Group di China.

Tambahnya, khabar angin itu menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat dan merosakkan imej serta menjejaskan jualan produk mereka lalu menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian besar.

- Advertisement -

Malah, laporan polis telah dilakukan berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap produk syarikat mereka. Bukan itu sahaja, cincin sotong itu disahkan oleh Shandong Halal Certification Services Sdn Bhd (SHC), yang dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan pensijilan halal asing di China.

Rodney turut meluahkan rasa kesal terhadap siasatan yang dilakukan JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terhadap produk mereka kerana telah mengambil sampel untuk ujian, tetapi tidak mengeluarkan sebarang laporan mengenai hasil ujian menyebabkan syarikat mereka tidak dapat menafikan fitnah netizen.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL