spot_img

Konvoi Maharaja Jepun Berhenti Untuk Beri Laluan Kepada Ambulans Dalam Kecemasan

- Advertisement -

SETIAP kali ambulans dan konvoi VVIP bertembung di laluan yang sama, selalunya laluan tersebut akan mengutamakan konvoi VVIP terlebih dahulu untuk beberapa saat, sebelum ambulans boleh meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun portal SinChiew dan WapCar ada berkongsi satu kisah menarik di mana pada bulan Jun 2019 lalu, media tempatan Jepun heboh apabila konvoi maharaja negara pada waktu itu segera berhenti di tepi jalan apabila ternampak kemunculan sebuah ambulans sambil siren berbunyi daripada lorong bersebelahan.

Salah satu motosikal pengiring konvoi tersebut segera mengetuai ambulans terbabit bagi memudahkan perjalanannya. Selepas ambulans selamat melepasi konvoi maharaja pada waktu itu, konvoi tersebut segera menyambung perjalanan mereka semula.

- Advertisement -

Menurut ‘Artikel 40 Undang-undang Lalu Lintas Jalan Jepun’, apabila bertemu kenderaan kecemasan seperti ambulans dan trak bomba membunyikan siren di jalan raya, kenderaan lain mesti mengelak ke sebelah kiri jalan untuk memberi laluan kepada kenderaan kecemasan.

Pada waktu itu konvoi Maharaja Naruhito telah dipuji oleh warganet Jepun kerana mereka mematuhi undang-undang jalan raya dan bertolak-ansur semasa situasi kecemasan berlaku melibatkan nyawa rakyat.

- Advertisement -

Anda boleh lihat beberapa video lain di bawah yang mana konvoi VVIP di Jepun memberhentikan kenderaan untuk memberikan laluan kepada ambulans yang menggunakan laluan yang sama dengan konvoi tersebut.

Beberapa rakaman yang tular di Jepun

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL