spot_img

Rakyat Jepun Panik, “Batu Pembunuh” Dihuni Iblis Berumur Seribu Tahun Terbelah Dua

- Advertisement -

SEBUAH batu purba yang dipercayai dihuni oleh makhluk ghaib telah didapati retak dan terbuka sehingga menyebabkan orang-orang yang mempercayainya menjadi panik. Batu yang dipanggil sebagai “batu pembunuh” itu terletak di Jepun dan menurut media tempatan ia telah terbelah dua selepas kononnya mengunci roh jahat selama hampir 1,000 tahun.

Batu hasil dari letupan gunung berapi itu dikatakan menjadi rumah kepada musang berekor sembilan yang dikenali sebagai Tamomo-No-Mae, menurut mitologi. Legenda mengatakan bahawa mereka yang bersentuhan dengan batu itu, secara rasmi dipanggil Sessho-Seki dan ia akan ditakdirkan mati.

- Advertisement -

Menurut cerita rakyat, batu itu juga mengandungi gas beracun dan pernah bertukar menjadi seorang wanita cantik yang ditugaskan untuk membunuh Maharaja Toba yang memerintah Jepun dari 1107 hingga 1123.

Sejak itu, batu ini telah menjadi tumpuan pelancong sehingga menarik pengunjung ke pergunungan Tochigi, berhampiran Tokyo, yang terkenal dengan kolam air panas.

- Advertisement -

Bagaimanapun, sejak batu itu terpisah kepada dua bahagian, orang ramai mula takut untuk melawat ke kawasan terbabit. Ditambah pula dengan spekulasi yang bermain di sekitar penduduk tempatan bahawa roh jahat mungkin telah dibangkitkan untuk menurunkan malapetaka.

Menurut The Guardian pula, fenomena bongkahan batu gunung berapi terpecah menjadi dua bahagian adalah sesuatu yang normal. Difahamkan bahawa air hujan mungkin telah menyerap masuk ke dalam batu sehingga menyebabkan ia terbelah dua.

Penguatkuasa Jepun kini sedang mempertimbangkan apa yang perlu dilakukan dengan batu itu.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL