Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Kecoh Siaran Episod ‘Kak Long Viral’ Ditangguh TV Alhijrah
spot_img

Kecoh Siaran Episod ‘Kak Long Viral’ Ditangguh TV Alhijrah

- Advertisement -

NETIZEN mesti ingat, dulu pernah viral sebuah gambar yang menunjukkan ‘Kak Long Viral’ yang ‘terkenal’ kerana video dia membuat ‘kecoh’ di kedai serbaneka 7Eleven dijemput menjadi tetamu dalam satu rancangan TV Alhijrah mendapat kecaman hebat netizen.

Nampaknya menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi stesen TV tersebut, pihak mereka akhirnya membuat keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod berkaitan wanita berkenaan.

- Advertisement -

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan TV Alhijrah menjelaskan bahawa rancangan ‘Program Trending’ di saluran berkenaan merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

Kehadiran Wan Nor Baizura atau Kak Long di studio tersebut katanya telah disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang merupakan panelis yang mengambil peranan dalam memberi tausiyah, teguran dan pengajaran kepada wanita berkenaan mengenai isu yang dialaminya.

TV Alhijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut.

- Advertisement -

“TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” tulis kenyataan tersebut.

“Tak payah tangguh, lebih baik batalkan terus”

Kenyataan yang dikeluarkan stesen TV ini walau bagaimanapun masih mendapat pelbagai respon netizen yang mana berharap episod tersebut dibatalkan terus dan ada juga yang memberi cadangan supaya rancangan ini menjemput staf 7Eleven yang terlibat dalam isu ini.

- Advertisement -

Relaks ya semua, kita chill chill okay? Ramai yang tengah marah isu kak long ni.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL