Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Pemburu Paranormal Kantoi, Kelibat Hantu Buatan Manusia Di Sebalik Pintu
spot_img

Pemburu Paranormal Kantoi, Kelibat Hantu Buatan Manusia Di Sebalik Pintu

- Advertisement -

PLATFORM TikTok banyak memberikan peluang kepada orang ramai untuk berkongsi minat kepada warganet yang lain, termasuklah melakukan aktiviti paranormal.

Ada yang selesa pergi ke suatu tempat ‘asing’ berseorangan dan ada juga yang lebih suka pergi secara berkumpulan kerana dapat meningkat peluang untuk bertemu dengan makhluk di sebalik mata. Bagaimanapun, tidak semua benda yang dipertontonkan itu boleh kita percaya kerana ada juga yang ‘dibuat-buat’ bagi mengejar jumlah tontonan dan likes.

Baru-baru ini warganet rasa terhibur dan geli hati apabila akaun TikTok @ceomaribincang telah membongkarkan ‘hantu buatan manusia’ dalam satu rakaman video pendek aktiviti paranormal.

- Advertisement -

Video itu bermula dengan seorang pemuda melaung-laungkan perkataan ‘hadir hadir’ beberapa kali di dalam kawasan bangunan usang. Dalam beberapa saat selepas itu ternampak satu kelibat seperti ‘kepala’ menunjukkan diri di sebalik pintu yang ada di hadapan pemuda tersebut.

Rakaman yang tular

@ceomaribincang 2 orang dah macam ni menipu 🤣 tak semua para jujur geng. Kasi viral geng 😇 #DzPdauzmenipu #fyp #paranormaltiktok #copylink #parapenipu #fypシ゚viral #fypberandatiktok ♬ bunyi asal – Sanc

Semasa menuju ke arah pintu tersebut, pemuda itu mengucapkan beberapa bacaan doa dan zikir, lalu terdengar bunyi ketukan beberapa kali pada pintu itu.

- Advertisement -

Ketika pemuda itu membuka pintu tersebut, jelas kelihatan satu susuk manusia memakai baju berwarna cerah, seluar sukan jalur kuning dan berselipar. Pemuda itu segera mengalihkan kameranya merakam situasi di luar bilik.

Beberapa saat kemudian barulah dia masuk semula ke dalam bilik tersebut sambil menjerkah semasa merakam suasana di dalamnya. Sebahagian penonton aktiviti paranormal live itu memberitahu di ruangan komen bahawa mereka ternampak susuk manusia di sebalik pintu itu, namun pemuda itu menafikannya dengan mendakwa bahawa dia berseorangan sahaja ketika waktu itu.

- Advertisement -

Pembongkaran @ceomaribincang itu telah membuatkan warganet berasa geli hati melihat ada netizen sanggup mengada-adakan ‘kewujudan entiti’ semasa melakukan live aktiviti paranormal.

Tambah orang ramai lagi, bukan mudah makhlus halus mahu menunjukkan dirinya di dunia nyata kerana ia ada caranya tersendiri bagaimana mahu memberit isyarat kepada manusia mengenai ‘kehadirannya’.

Semoga kita semua dapat ‘menapis’ video-video yang ditonton agar kita tidak sewenang-wenangnya tertipu oleh warganet yang hanya sekadar membuat konten tidak berfaedah bagi mengisi masa lapang sahaja.

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @CEOMARIBINCANG
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @CEOMARIBINCANG
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @CEOMARIBINCANG
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @CEOMARIBINCANG

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL