spot_img

Viral Video Lempang Bayi, Netizen Mahu Pengasuh Diambil Tindakan

- Advertisement -

BUKAN mudah untuk ibu bapa yang bekerja mengambil keputusan untuk meninggalkan anak mereka kepada pengasuh. Beberapa faktor akan diambil kira sebelum menyerahkan amanah kepada pengasuh.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @cocoandbrownie telah berkongsi beberapa video yang memaparkan wanita yang merupakan seorang pengasuh bertindak mendera bayi.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Menerusi perkongsian tersebut, kejadian dipercayai berlaku di rumah pengasuh tersebut yang menetap di sebuat flat sekitar Taman Utama Gelugor, Pulau Pinang. Walaupun laporan polis telah dibuat oleh ibu bapa mangsa pada Disember tahun lalu tetapi wanita itu tidak dapat ditahan kerana mengalami masalah mental.

Malah, ada juga ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka kepada wanita tersebut mengesyaki anak mereka turut menjadi mangsa penderaan tetapi tiada bukti.

- Advertisement -

Kini, video yang memaparkan wanita itu mendera anak kecil di bawah jagaannya tersebar dan video itu dirakam oleh anak tirinya yang berusia 11 tahun serta dipercayai turut didera.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa berang dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita itu. Malah, para netizen tidak berpuas hati kerana wanita itu tidak ditahan kerana hanya memiliki masalah mental.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mahu pihak berkuasa memandang kes ini dengan serius kerana membahayakan anak-anak asuhan dijaga wanita itu. Pastinya kes ini membuatkan ramai ibu bapa di luar sana berasa takut untuk menghantar anak mereka ke pengasuh selepas ini.

- Advertisement -

 Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL