spot_img

Lihat Bagaimana Lebuh Raya Jepun Yang Rosak Teruk Akibat Gempa Bumi Siap Dibaiki Kurang 16 Jam

- Advertisement -

SATU gempa bumi kuat berukuran pada 7.4 skala Richter di timur laut Jepun lewat malam Rabu lalu telah menyebabkan tiga orang maut dan lebih 180 lagi cedera di 12 wilayah.

Kejadian itu juga telah menyebabkan banyak jalan raya yang rosak sehingga menyukarkan pergerakkan orang awam. Salah satu lebuh raya yang terjejas ialah Tohoku Expressway yang terpaksa ditutup kepada orang ramai kerana sudah berlaku keretakkan sepanjang 100 meter.

- Advertisement -

Bagaimanapun, NEXCO (Nippon Expressway Company), syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya di sekitar Jepun telah mengejutkan pengguna internet seluruh dunia.

Ini kerana syarikat tersebut mengambil masa yang sangat singkat untuk membaiki permukaan lebuh raya yang rosak itu. Kerosakan dipercayai mula berlaku pada pukul 11.36 malam Rabu (semasa gempa bumi berlaku) dan kerja-kerja baik pulih pula sudah siap kira-kira pukul 3.30 petang pada keesokkan harinya.

Ciapan syarikat penyelenggara lebuh raya itu ternyata membuatkan warganet berasa kagum kerana dalam masa 15 jam 54 minit sahaja, lebuh raya tersebut boleh digunakan semula buat orang ramai untuk sementara waktu ini.

- Advertisement -

Walaupun syarikat penyelenggara tersebut berjaya membaik pulih dalam masa yang singkat, mereka tetap mengucapkan permintaan maaf atas kesulitan yang berlaku walaupun insiden itu terjadi disebabkan bencana alam.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL