spot_img

Sami Di Thailand Menang Judi RM2.2 Juta, Dakwa Duit Kemenangan Milik Malaikat

- Advertisement -

SEORANG sami di Thailand berjaya memenangi hadiah loteri sebanyak 18 juta baht (RM2.2 juta) dan kini beliau mula bersedekah wang tersebut untuk tujuan kebaikan serta membantu masyarakat sekeliling.

Melalui laporan The Thaiger, sami di wilayah utara Nakhon Phanom itu berkata bahawa seorang sami tidak seharusnya menyertai sebarang aktiviti perjudian, namun dia melakukan perkara itu disebabkan mahu membantu peniaga di kawasan sekitar yang bergelut dengan masalah kewangan.

Sami yang berusia 47 itu menambah bahawa wang beliau menangi itu adalah milik malaikat dan dia tidak mahu menyimpannya untuk kepentingan sendiri. Disebabkan itu, dia memutuskan untuk berkonsi wang kemenangan tersebut dengan mereka yang memerlukan.

- Advertisement -

Kini lebih 1,000 orang penduduk berbaris untuk mendapatkan wang sebanyak 200 baht bagi setiap seorang. Disebabkan barisan yang panjang, kini pihak polis sedang memantau bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Selain memberikan wang kepada masyarakat setempat, sami itu juga menawarkan 4 juta baht kepada pengurusan kuil, sekolah, organisasi negeri dan swasta. Dia turut merancang untuk memberi wang tersebut kepada badan amal dan kuil-kuil yang memerlukan.

Bagaimanapun, cerita sami ini memenangi loteri nampaknya kurang disenangi oleh sesetengah sami. Melalui laporan media tempatan, seorang sami mengatakan bahawa adalah salah dan tidak wajar seorang sami membeli tiket judi kerana ia melanggar etika dan peraturan sami Buddha.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

- Advertisement -

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL