Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Bapa Kecewa Hak Anak OKU Dinafikan Selepas Peniaga Minta Alih Kereta Untuk Buka Gerai
spot_img

Bapa Kecewa Hak Anak OKU Dinafikan Selepas Peniaga Minta Alih Kereta Untuk Buka Gerai

- Advertisement -

ISU penyalahgunaan tempat letak kereta Orang Kelainan Upaya (OKU) bukanlah sesuatu baru dan boleh dikatakan masih ada individu menafikan hak golongan OKU ini.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Isma Nizam Norahman telah berkongsi situasi mengecewakan yang dilaluinya di sebuah kompleks sukan di Klang pada Ahad lalu. Mana tidaknya, hak menggunakan tempat letak kereta OKU untuk anaknya diambil oleh peniaga jalanan untuk berniaga.

- Advertisement -

Menerusi perkongsiannya, ketika itu ramai orang di kompleks sukan tersebut dan tempat letak kereta untuk OKU juga penuh. Kemudian, dia ternampak satu kerusi diatas tapak tempat letak kereta OKU dan segera alihkannya, namun dia tiba-tiba didatangi oleh seorang individu yang memintanya untuk mengalihkan kenderaan sebab mahu jadikan tapak itu untuk berniaga.

Tambahnya, dia sudah memaklumkan bahawa anaknya OKU dan mahu menggunakan tempat letak kereta tersebut tetapi individu itu tetap bertegas mahu dia mengalihkan kenderaan.

Menurut laporan, kejadian seperti ini bukanlah pertama kali berlaku kepadanya cuma dia mula bersuara pada hari kejadian kerana dia membawa anaknya OKU bukalah berseorangan dan seperti yang diperkatakan tadi, parking OKU sudah penuh.

- Advertisement -

Lantaran itu, Isma mahu kempen berkaitan dan penguatkuasaan terus dipergiatkan oleh pihak berkuasa agar golongan OKU tidak terus ditindas. Malah, Isma berpesan kepada para peniaga dan orang ramai agar tidak melakukan perkara sedemikian.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

- Advertisement -

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL