Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Pesawat Airbus A380 Berjaya Lengkapkan Penerbangan Percubaan Guna Minyak Masak
spot_img

Pesawat Airbus A380 Berjaya Lengkapkan Penerbangan Percubaan Guna Minyak Masak

- Advertisement -

SATU dunia terkesan dengan peningkatan harga bahan bakar petrol yang naik secara mendadak, salah satu faktornya disebabkan peperangan di antara Rusia-Ukraine yang sudah berlarutan lebih satu bulan.

Pelbagai bahan bakar alternatif sedang diuji kaji oleh seluruh dunia bagi membendung masalah kenaikkan harga petrol itu. Baru-baru ini pesawat Airbus A380 telah berjaya melengkapkan penerbangan percubaan menggunakan minyak masak sebagai bahan bakar.

Pesawat ujian itu berlepas dari Lapangan Terbang Blagnac di Toulouse menuju ke ibu pejabat Airbus Perancis selama tiga jam penerbangan pada pada 25 Mac lalu. Airbus A380 yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900 itu dikuasakan dengan Bahan Api Penerbangan Lestari (Sustainable Aviation Fuel/SAF) yang kebanyakannya diperbuat daripada minyak masak terpakai dan sisa lemak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Airbus (@airbus)

- Advertisement -

Memetik kenyataan rasmi Airbus, ini adalah pesawat Airbus ketiga yang terbang menggunakan 100% SAF dalam tempoh 12 bulan, yang pertama ialah Airbus A350 pada Mac 2021 diikuti oleh pesawat lorong-tunggal A319neo pada Oktober 2021.

Airbus komited dalam meningkatkan penggunaan SAF kekal sebagai laluan utama untuk mencapai cita-cita industri bagi pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2050 nanti.

- Advertisement -

Perangkaan utama yang digariskan dalam laporan Waypoint 2050 menunjukkan bahawa SAF boleh menyumbang antara 53% dan 71% pengurangan karbon yang diperlukan.

Semua pesawat Airbus pada masa ini diperakui untuk terbang dengan menggunakan campuran sehingga 50% SAF dicampur dengan minyak tanah. Airbus akan melakukan pelbagai lagi siri percubaan bagi memenuhi matlamatnya untuk mencapai pensijilan 100% SAF menjelang akhir dekad ini.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL