Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
YouTuber Malaysia Dan 3 Rakan Ditahan Polis, Disyaki Bunuh Kekasih Disebabkan Cemburu
spot_img

YouTuber Malaysia Dan 3 Rakan Ditahan Polis, Disyaki Bunuh Kekasih Disebabkan Cemburu

- Advertisement -

SEORANG YouTuber dan tiga lagi rakannya kini ditahan polis berhubung kejadian teman wanita YouTuber itu cedera parah dipukul sebelum meninggal dunia. Polis menahan keempat-empat suspek berusia diantara 23 hingga 28 tahun itu di sekitar Teluk Kumbar bagi membantu siasatan.

Menurut laporan Harian Metro, polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau pada jam 19.39 malam Sabtu mengenai seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital selepas tidak sedarkan diri.

Mangsa yang juga seorang YouTuber dikatakan mempunyai kesan lebam dan berada dalam keadaan kritikal semasa dibawa ke hospital. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia pada 3 April ketika menerima rawatan di Hospital Balik Pulau. Susulan daripada itu, polis bertindak menahan empat lelaki terbabit bagi membantu siasatan.

- Advertisement -

Difahamkan bahawa wanita yang berasal dari Melaka itu mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul teman lelakinya dengan objek tumpul sehingga tidak sedarkan diri sebelum mangsa meninggal dunia dan kejadian berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.

Netizen kini mula berteka teki tentang siapakah YouTuber tersebut, sebahagian mendakwa bahawa individu tersebut mempunyai akaun YouTube dengan 107,000 pengikut. Manakala yang lain cuba mengorek kisahnya sebelum ini.

Empat lelaki itu direman sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

- Advertisement -

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL