Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Punca Pergaduhan Antara Tingkatan Empat Dan Tiga Di Sekolah Dikenalpasti
spot_img

Punca Pergaduhan Antara Tingkatan Empat Dan Tiga Di Sekolah Dikenalpasti

- Advertisement -

RAKAMAN yang memaparkan sekumpulan pelajar sekolah sedang bergaduh berdurasi kurang satu minit yang tular di media sosial. Video yang dikongsi dapat dilihat keadaan ketika itu begitu kecoh dan turut disaksikan oleh beberapa guru yang berada di tempat kejadian.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku semalam di sebuah Sekolah Menengah di Sungai Pelek, Selangor dan punca pergaduhan yang melibatkan tujuh pelajar itu dipercayai angkara mengejek.

Ujar Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sekolah berkenaan telah menerima panggilan daripada pengetua sekolah bagi memaklumkan insiden yang berlaku. Pelajar yang terlibat telah diberi nasihat serta amaran keras oleh dua anggota PPS bersama beberapa orang guru yang lain.

- Advertisement -

Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada ejek-mengejek seorang pelajar tingkatan empat kepada seorang pelajar tingkatan tiga sewaktu rehat.

Angkara ejek-mengejek

Mengulas lebih lanjut, ketika itu terdapat sekumpulan pelajar yang bertindak membuat provokasi antara satu sama lain sebelum diarahkan untuk bersurai oleh guru yang berada di tempat kejadian. Tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh pelajar terlibat dan mereka mengaku bersalah namun tiada sebarang laporan polis dibuat.

Pada akhir pertemuan ke semua pelajar terbabit pergaduhan berdamai dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu.

Pengetua dan pihak sekolah juga tidak membuat apa-apa laporan polis memandangkan kejadian itu tidak membabitkan kecederaan dan akan mengambil tindakan disiplin ke atas semua pelajar yang terbabit.

Sumber: Harian Metro Facebook

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

- Advertisement -

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL