spot_img

GOpinjam Mengikut Garis Panduan Bank Negara Malaysia?

- Advertisement -

GOpinjam sebuah program pinjaman peribadi inklusif yang disediakan melalui Touch ‘n Go eWallet mematuhi garis panduan pinjaman bertanggungjawab oleh pengawal selia bank serta syarikat kewangan Malaysia.

Kumpulan Touch ‘n Go (TNG) berkata, GOpinjam dan produk asasnya iaitu e-Zi Tunai oleh CIMB Bank Bhd dikawal sepenuhnya dengan kod tingkah laku yang betul.

TNG juga menjelaskan, ia mengikut Garis Panduan Pemberian Pinjaman Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

- Advertisement -

Artikel Sebelum: Pinjaman Peribadi GOpinjam Dari Touch n Go Undang Pertikaian Netizen

“GOpinjam menyasarkan untuk menyediakan segmen pasaran yang secara tradisinya kurang mendapat perkhidmatan.

“Ia memberikan kredit kepada peminjam individu yang memerlukan jumlah yang lebih rendah untuk tempoh yang lebih singkat.

- Advertisement -

“Semua pemohon juga akan tertakluk kepada semakan kredit biro untuk memastikan pinjaman hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai kemampuan untuk membayar balik,” lapor Berita Harian.

TNG berkata, secara lazimnya, amalan perkhidmatan kewangan yang baik, semua terma dan syarat pinjaman disediakan dengan jelas dan didahulukan kepada pengguna.

“Kami juga memastikan bahawa pelanggan yang kembali dengan sejarah pembayaran balik yang baik akan menikmati kadar faedah yang lebih rendah pada masa hadapan,” katanya.

- Advertisement -

GOpinjam mendapat perhatian dari pelbagai pihak sejak pelancarannya pada 1 April yang lalu kerana dikatakan memberikan pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi.

Pinjaman peribadi mudah dan pantas itu juga dikatakan bakal membawa peminjam, terutama golongan muda dan B40 terjebak dalam krisis hutang, sekali gus meningkatkan peratusan hutang isi rumah.

Peratusan hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada kadar 89 peratus, setakat Disember 2021.

GOpinjam menawarkan pinjaman mudah dan pantas serendah RM100 sehingga RM10,000 dengan tempoh pembayaran semula yang fleksibel pada kadar faedah sebanyak lapan peratus.

TNG juga sebelum ini menyasar untuk menyalurkan pinjaman sehingga RM300 juta tahun ini memandangkan TNG mempunyai pelanggan yang tinggi dan transaksi Touch ‘n Go eWallet yang memberangsangkan.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL