spot_img

Selepas Nama “Dipetik” Isu Cop Sirim, Nurul Zahid Tampil Jelaskan Isu Tular

- Advertisement -

SEJAK beberapa hari lalu, isu penguatkuasaan perakuan dan penandaan Sirim bagi pelitup muka bukan perubatan masih menjadi perdebatan dan rasa tidak puas hati warganet dari pelbagai sudut.

Malah, anak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah turut terkena tempiasnya menerusi beberapa ciapan pengguna di laman Twltter. Semua berpunca apabila tular gambar kotak pelitup muka dikatakan mempunyai kelulusan Sirim yang memaparkan wajah Nurulhidayah sebagai duta produk berkenaan.

Posting yang tular

- Advertisement -

“Kenapa kalau face mask tu ada perakuan Sirim? Saya tak boleh jadi duta produk yang legit ke? Biarlah nak viral pun, selama ni apa yang tak viral tentang Zahid Hamidi dan anak Zahid? Orang nak mengata dan terus mengata itu hal masing-masing.”

“Saya percaya pada freedom of speech (kebebasan bersuara) dan hari akhirat, simple,” katanya menerusi temu bual bersama mStar Online, semalam.

- Advertisement -

Bagi Nurulhidayah atau mesra dipanggil Kak Long, dia tidak melatah sebaliknya memegang prinsip terus memandang ke hadapan tanpa menyusahkan kehidupan orang.

“Saya tak susahkan orang dan tak kacau hidup orang. Kalau orang nak kacau hidup saya, bukan masalah saya. “Itu masalah dia dengan diri dia sendiri. Buat apa nak pening-pening,” ujar wanita berusia 43 tahun itu.

- Advertisement -

Sementara itu, beliau turut berkongsi cerita berhubung pemilihan dirinya sebagai duta produk tersebut yang disifatkan hanya membantu salah seorang rakan bagi mengusahakan kedai menjual pelitup muka. Rakan berjanji akan pastikan produknya ‘legit’.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan pelaksaan pelitup muka Sirim tersebut dari 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira maklum balas umum.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL