Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Tali Putus Ketika Promosi Secara "Live", Netizen Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian
spot_img

Tali Putus Ketika Promosi Secara “Live”, Netizen Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian

- Advertisement -

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan pelitup muka bukan perubatan perlu mendapat perakuan SIRIM bermula 4 Julai ini.

Difahamkan, kerajaan telah bersetuju untuk menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka ini selepas mengambil kira maklum balas dari orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

- Advertisement -

Sebelum ini, Jovian Mandagie telah menerima kritikan ramai apabila menyokong keputusan kerajaan ini dengan mengatakan ia adalah langkah yang bagus bagi membanteras pelitup muka yang tiada kualiti di pasaran.

Terbaharu, tular di media sosial video ‘live’ Jovian Mandagie mempromosikan pelitup mukanya dengan turut menampilkan Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila tali pelitup muka tersebut putus apabila Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza mahu memakainya.

Rakaman yang tular

@aine050408 Reply to @eonezrizuan #sirim #maskcopsirim #fypシ ♬ original sound – CheAin0405

- Advertisement -

Untuk pengetahuan anda, Jovian Mandagie menjelaskan bahawa pelitup muka keluarannya ‘Jovian Mask’ selamat dipakai dan berkualiti kerana telah diiktiraf oleh MDA sebelum ini.

Sedutan video ‘live’ tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan kualiti pelitup muka keluaran Jovian Mandagie pun bukannya tidaklah berkualiti jika talinya senang terputus.

- Advertisement -

Malah, para netizen turut berpendapat bahawa kata-kata Jovian Mandagie memakan diri apabila beliau mengatakan perakuan SIRIM diperlukan untuk membanteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut mengatakan bahawa pelitup muka murah yang dibeli di pasaran lebih berkualiti daripada pelitup muka yang dijual oleh Jovian.

Malah, para netizen turut tertanya-tanya bagaimana pelitup muka tersebut boleh diperakui MDA. Justeru itu, netizen turut mengatakan adab dalam berniaga itu perlu dan tindakan Jovian sebelum ini kini memakan diri sendiri.

Reaksi beberapa warga maya

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL