spot_img

Roman Fedortsov jadi ‘magnet’ makhluk-makhluk laut yang aneh! Ditemui di utara Rusia!

- Advertisement -

SEORANG nelayan Rusia menemui sejenis makhluk laut yang mempunyai rupa seperti seekor anak naga, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Roman Fedortsov, 39, menangkap ikan kod, haddock dan tenggiri menggunakan pukat tunda komersial dan kadangkala, pukatnya mencapai kedalaman sehingga 914 meter di bawah permukaan laut.

- Advertisement -

Aktiviti menangkap ikan laut dalam itu menyaksikan Fedortsov kerap menemui haiwan aneh dan yang terbaharu, beliau menemui makhluk laut aneh yang digelar sebagai ‘anak naga baru menetas’ oleh pengguna media sosial.

- Advertisement -

Haiwan itu bagaimanapun dikenal pasti sebagai chimaera iaitu ikan rawan atau juga jerung hantu.

Fedortsov turut menemui makhluk laut lain yang kelihatan mirip dengan burger keju dan donat. Itu hanyalah tiga daripada pelbagai spesies laut pelik dan indah yang ditemui Fedortsov.

- Advertisement -

Disebabkan sering menemui spesis aneh dari dasar laut dan sering kongsikan dalam media sosial, maka Fedortsov menjadi terkenal dan sentiasa mendapat perhatian netizen dalam internet kerana kerap memuat naik gambar hidupan laut luar biasa.

Menurut beliau lagi, kebanyakan hidupan unik itu berjaya didaratkan dari laut Norway dan Barents, utara Rusia.

“Semua jenis ikan cantik dengan cara tersendiri. Saya tidak menganggap hidupan ini menakutkan atau hodoh,” kata Fedortsov.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL