Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Dituduh Naik Guna Harta Keluarga, Kakak Cerita Detik Mencabar Jenama Bulan Bintang Yang Diperlekehkan Netizen
spot_img

Dituduh Naik Guna Harta Keluarga, Kakak Cerita Detik Mencabar Jenama Bulan Bintang Yang Diperlekehkan Netizen

- Advertisement -

SUDAH menjadi kebiasaan dalam kehidupan ni apabila ada pihak yang kurang senang dan sakit hati melihat seseorang itu berjaya.

Begitulah yang dialami pengasas jenama baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi selepas warganet mengetahui empayar perniagaan itu dibina ketika dia berusia 19 tahun selain merupakan anak kepada individu bergelar Datuk dan Datin.

Ekoran itu, pelbagai dakwaan dan telahan dibuat netizen sejak beberapa hari lalu kononnya kejayaan jenama berkenaan adalah atas bantuan keluarga yang kaya raya.

- Advertisement -

Tidak senang dengan tuduhan itu, ibu Azzim iaitu Datin Siti Zabidah tampil menulis komen di Facebook .

Siti Zabidah membalas komen yang dibuat seorang pelayar Facebook bernama Yang Shafinaz selepas individu tersebut menceritakan sedikit sebanyak perihal latar belakang keluarganya yang suka berbisnes.

- Advertisement -

“Terima kasih memahami… Alhamdulillah, biarlah apa orang nak kata, mereka tidak tahu apa sebenarnya. Mereka tidak tahu latar belakang keluarga saya pun. Allah ada, Allah saksi segalanya. Semoga Allah memberkati usaha anak-anak saya dalam berniaga, saya doakan mereka berjaya, boleh bantu ramai orang di luar sana yang memerlukan.

“Mereka ingat ada gelaran Datuk ni ada duit berlori-lori… boleh bagi modal berjuta-juta kat anak,” katanya.

Keberadaan Siti Zabidah dalam ruangan komen di media sosial membuatkan anak-anaknya berasa sedih sekali gus tampil menceritakan sejarah bermulanya empayar jenama Bulan Bintang.

- Advertisement -

Menerusi Facebook, Nur’ain Zalia Azmi yang merupakan anak keempat dan kakak kepada pengasas tersebut memberitahu, ibunya juga aktif membaca komen yang ditinggalkan netizen.

“Aku ada lima orang adik-beradik dan aku anak keempat. Antara abang cik, Azri Zahier Azmi dan adik Azzim Zahid yang selalu sangat viral dengan macam-maca cerita, di sebalik kejayaan bisnes mereka terselit seorang kakitangan awam yang tinggal jauh di Puncak Alam di Selangor. Keluar rumah pukul 6 pagi hanya kerana nak elak kesesakan lalu lintas disebabkan mahu rumah murah.

“Adakah logik kalau abang, mak dan abah sekaya dan seberjaya ’empayar Megah Holding’ macam yang netizen bayangkan tu ada anak atau adik macam aku? Baik mereka bagi empayar tu pada aku.

“Aku memang terkesan baca komen-komen netizen. Untuk pengetahuan semua, mak aku pun aktif membaca komen. Nangis aku baca komen mak pertahankan anak bongsu dia… mak aku dah tua tapi masih kena baca tohmahan netizen,” luahnya.

Bulan Bintang
Bungkusan awal baju Melayu keluaran jenama berkenaan.

Pada masa sama, Nur’ain juga memuat naik beberapa gambar yang menceritakan permulaan perjalanan perniagaan adik bongsunya untuk pengetahuan warganet.

“Luqman Podolski adalah model kurta Bulan Bintang tahun 2016. Photoshoot ini, adik aku ambil guna kamera sendiri dan edit sendiri semasa dia umur 19 tahun. Lokasi photoshoot adalah lobi kondominium tempat tinggal aku dan suami semasa kami baru berkahwin,” katanya sambil menyertakan beberapa keping gambar iklan lama.

bulan bintang
Poster koleksi baju Melayu Bulan Bintang pada 2020.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat, Nur’ain antara individu yang terlibat rapat dan secara langsung dalam membantu menubuhkan perniagaan baju Melayu berkenaan.

Malah dia memaparkan poster yang dibuatnya pada 2016 selain memaklumkan turut menjadi ejen menjual baju berkenaan.

“Masa 2016, aku tolong dia (Azzim Zahid) jual kurta. Dia bagi aku upah RM7 bagi setiap kurta. Tiada harga adik-beradik ke apa, nak duit juga sebab tolong jual. Walaupun tidak pandai hasilkan produk, tapi aku akan sentiasa sokong dengan menjualnya.

“2019, ada booth kecil di MoodRepublik, masa ni aku bangga gila dengan dia kerana boleh bagi peluang pekerjaan kepada rakan-rakan untuk jadi promoter dan pada masa sama aku sedang hamil 36 minggu, tapi tetap nak bantu adik.

“Pada tahun 2020, melihat kejayaan tahun sebelumnya… adik aku pun buat la mass production baju Melayu untuk raya 2020. Kuasa Allah, kita diuji dengan pandemik. Sehari sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dia hubungi sebab nak minta tolong, nak letak semua stok baju Melayu di rumah aku kerana tidak boleh letak dalam gudang yang bersaiz kecil.

“Jadi bilik tamu ditukar kepada warehouse dia. Maka Ramadan 2020, aku ada dua orang adik… dia dan kawan dia yang berbuka dan bersahur sama-sama setiap hari,” ujarnya sambil menyertakan rupa model pada tahun 2020 yang masih belum menggunakan perkhidmatan artis.

bulan bintang

Perkongsian itu sekali gus menepis dakwaan netizen yang menyatakan Azzim Zahid mampu membayar ramai selebriti kerana isu kewangan dibantu keluarga.

Tambahnya kenderaan yang digunakan adiknya pada masa itu adalah kereta Perodua Myvi miliknya yang sudah berusia 10 tahun serta tidak mempunyai pendingin hawa kerana rosak.

“Alhamdulillah, 2021 dah buka satu butik kecil. Masa ni ada (enam) staf butik. Aku datang hujung minggu untuk tolong apabila pelanggan ramai.

“Tahun 2022, aku sanggup lalu Jalan Yap Kwang Seng yang sesak kerana nak tengok iklan. Aku bangga sangat sebab bersama (dengan adik) dari 2016, bukan seperti netizen,” luahnya.

bulan bintang
Antara reaksi netizen selepas mengetahui pengasas Bulan Bintang merupakan anak individu bergelar Datuk dan Datin.

Difahamkan, tohmahan yang dilemparkan warganet menerusi ruangan komen dibuat selepas video yang memaparkan orang ramai beratur panjang di butik Bulan Bintang tular di media sosial.

Pada ruangan perkongsian tersebut, terdapat netizen yang menyatakan pengasasnya baru berusia 19 tahun namun sudah memiliki butik besar selain mampu membayar artis ternama seperti Sharnaz Ahmad dan Shukri Yahya sebagai ‘face-off‘ jenamanya.

Malah, baru-baru ini, Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut memuat naik status bergambar yang memaparkan dia membeli baju Melayu jenama Bulan Bintang.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL