Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Tindakan Terhadap ASP Wanita Buat ‘Live’ TikTok Semasa Serbuan Bergantung Hasil Siasatan JIPS - Ayob Khan
spot_img

Tindakan Terhadap ASP Wanita Buat ‘Live’ TikTok Semasa Serbuan Bergantung Hasil Siasatan JIPS – Ayob Khan

- Advertisement -

SEBARANG tindakan terhadap pegawai polis yang membuat video langsung (live) menerusi aplikasi TikTok semasa serbuan di sebuah pusat hiburan, akan bergantung kepada laporan penuh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, kata Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) itu berkata, pegawai polis wanita berpangkat Asistan Superintenden Polis (ASP) berkenaan merupakan petugas di JSJN Bukit Aman.

ARTIKEL BERKAITAN: JIPS Siasat Video Viral Pegawai Polis Wanita Buat ‘Live’ Ketika Serbuan

- Advertisement -

“Arahan berhubung kandungan serta ucapan peribadi di media sosial telah dikeluarkan pada Mei 2014, Ogos 2020 dan Februari 2021.

“Tindakan sewajarnya akan diambil tetapi berdasarkan laporan JIPS,” katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Isnin.

Ayob berkata beliau tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam salah laku.

- Advertisement -

“Kami tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan.

“Malah ketika saya di Johor, saya mengambil tindakan terhadap mereka yang berpangkat Superitendan,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata beliau telah mengarahkan JIPS untuk menyiasat perkara berkenaan.

- Advertisement -

Razarudin berkata jabatan itu juga akan mengeluarkan pekeliling mengenai penggunaan media sosial dalam kalangan pegawai dan anggota polis.

Dalam video berdurasi 1.38 saat yang kini tular di media sosial, polis wanita berpangkat ASP itu menerangkan mengenai sebahagian skop kerjanya menjalankan serbuan dan pemeriksaan.

Pegawai polis itu kemudian melahirkan rasa terkejut kerana videonya menarik lebih daripada 1,400 penonton dan berkata dia berharap akaun TikToknya akan mempunyai lebih daripada 100,000 pengikut.

Tindakannya itu mengundang kecaman pengguna media sosial kerana disifatkan sengaja meraih publisiti sehingga mencemarkan imej pasukan polis.

Pada Ogos 2020, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan melarang pegawai dan anggotanya berkongsi kandungan di media sosial peribadi semasa berpakaian seragam.

Arahan itu bertujuan mencegah persepsi atau kritikan negatif yang boleh memburukkan imej pasukan polis. – THE STAR

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL