spot_img

Halang Penjawat Awam Iringi Orang Kenamaan, Seorang Lelaki Ditahan Polis

- Advertisement -

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki menghalang penjawat awam yang sedang mengiringi orang kenamaan dan memandu secara gopoh di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan lelaki berusia 36 tahun itu kerana disyaki terbabit dalam kes tersebut dan direman selama empat hari.

- Advertisement -

“Individu tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Noor Dellhan berkata pihaknya memberi amaran agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang, dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL