spot_img

Kecuaian Drebar Lori ‘Pembunuh’ Nombor Satu Di Lebuh Raya

- Advertisement -

SEJAK beberapa hari ini, kita sering membaca berita-berita yang bukan sahaja mengusik emosi tetapi turut mengganggu fikiran.

Ia adalah tentang kemalangan meragut nyawa yang melibatkan lori dan lori treler sehinggakan terlintas di hati apakah lori kini menjadi ‘pembunuh’ nombor satu di lebuh raya.

Kita boleh ambil contoh kejadian kemalangan yang berlaku baru-baru ini di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Kuala Kangsar, Perak pada awal tengah malam 12 Mei lalu yang mengorbankan lima sekawan pelajar.

- Advertisement -

Nyawa mereka hilang dalam sekelip mata kerana kereta yang mereka naiki telah dihentam dari belakang oleh sebuah lori treler yang berdasarkan rakaman kamera papan muka sebuah kereta sedang mengekorinya di belakang kelihatan seperti dipandu pada kadar yang agak laju.

Kita juga menyaksikan ketika kejadian itu, lorong di sebelah kiri lebuh raya ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Yang dibuka hanya laluan sebelah kanan. Berdasarkan rakaman dashcam, amat jelas sekali, lori berkenaan masih dipandu dengan agak laju dalam keadaan laluan yang sempit dan selorong itu.

- Advertisement -

Apabila sebuah lori lagi yang berada di hadapan kenderaan yang dinaiki oleh lima mangsa berkenaan itu memperlahankan kenderaannya, treler di belakang menghentam dan menyeret kereta itu hingga bertembung bahagian belakang lori di hadapan. Kereta mereka lumat dan terbakar.

Kelima-lima mangsa tidak berpeluang langsung bertindak menyelamatkan diri.

Sedih sungguh kerana mereka menjadi mangsa keadaan. Bukan di atas kesalahan mereka tetapi di atas kecuaian orang lain.

- Advertisement -

Kemudian pada hari yang sama iaitu pada malam 12 Mei, di sebuah lagi lebuh raya di ibu kota (Elite) sebuah lori yang dikatakan berhadapan dengan masalah brek melanggar sembilan buah kenderaan yang berada di hadapannya.

Sepertimana yang berlaku di Kuala Kangsar, kejadian di Lebuh Raya Elite berlaku pada tengah malam dan ketika satu lorong di lebuh raya itu ditutup juga untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

Situasinya lebih kurang sama seperti di Kuala Kangsar. Yang membezakannya ialah dalam kejadian di Elite, tiada mangsa yang terkorban, namun dua kanak-kanak mengalami kecederaan dan seorang daripadanya patah paha.

Sementara itu, di Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran kawasan rehat Paka, Terengganu, insidennya lagi pelik.

Sebuah lori yang tidak bergerak dan berhenti di lorong kiri lebuh raya berkenaan pada hujung minggu baru-baru ini, telah menyebabkan seorang penunggang motosikal terkorban.

Kejadian berlaku pada jam 12.10 tengah malam.

Mangsa tidak sempat mengelak lori berkenaan yang berhenti tanpa menyalakan lampu di atas lebuh raya berkenaan.

Ketika kejadian, pemandu lori berada di dalam kenderaannya dan sedang tidur.

Apabila dia dikejutkan oleh orang ramai yang berhenti, pemandu lori berkenaan telah memecut laju meninggalkan tempat kejadian tanpa mempedulikan mangsa yang terkorban.

Pemandu lori berkenaan berjaya dihalang 40 kilometer dari tempat kejadian selepas dia dikejar oleh pasangan suami isteri yang sebelum itu berada di tempat kemalangan berlaku. Dia kemudiannya ditahan polis.

Ketiga-tiga insiden itu melibatkan lori, dua daripadanya membawa maut yang bukan pun salah mangsa dan berlaku pada waktu tengah malam.

Dan jika kita masih ingat bagaimana pada 18 Disember lalu, sebuah lori treler telah merempuh tiga buah kereta berhampiran kawasan R&R USJ Lebuh Raya Elite menghala Shah Alam.

Sepuluh individu maut dalam kemalangan itu. Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya, selain seorang lelaki.

Treler itu merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana salah satu daripadanya mengalami kerosakan. Dua kereta lain ketika itu berhenti untuk memberi bantuan kepada mangsa.

Pemandu treler itu telah pun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada 21 Disember lalu, atas tuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan 10 kematian dan sedang menunggu tarikh perbicaraan.

Sesungguhnya banyak lagi insiden seperti ini berlaku khususnya di lebuh raya sehingga kita tertanya-tanya selamatkah kita ketika sedang memandu.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL