spot_img

MUA Tampil Berhubung Sakit Kulit Ustaz Kazim Elias, Aeril Zafrel Pula Dikecam Kurang Simpati

- Advertisement -

HANYA kerana memberikan satu pertanyaan di status Facebook Datuk Mohd Kazim Elias, pelakon Aeril Zafrel menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak bersimpati mengenai perkongsian pendakwah bebas tersebut berhubung sakit kulit yang dihidapinya.

Menerusi ruangan komen di Facebook, Aeril mahu mendapatkan kepastian tentang peyakit misteri dialami Kazim memandangkan kenyataan pendakwah berkenaan tidak jelas.

Soalan Aeril menerima pelbagai reaksi netizen yang meminta dia tidak bergurau tentang isu tersebut.

- Advertisement -

Artikel Sebelum: Ustaz Kazim Elias Rayu Bantuan Ubati Penyakit Dialaminya

“Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi,” tulisnya.

- Advertisement -

Rata-rata netizen yakin apa yang dikongsikan adalah benar dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan Kazim kembali pulih seperti biasa.

“Ini bukan shooting. Ustaz Kazim dah menanggung sakit. Macam-macam orang buat kat ustaz… Doakan kesembuhan ustaz. Bukan bergurau.

“Bukan… ini buatan hasad dengki orang terhadap Ustaz.

- Advertisement -

“Bukan tempat bergurau ni brother.

“Ustaz tiada masa nak bergurau bab begini.

“Ada masa bergurau, ada masa serius bro.

“Tak lawak bro.. tak kan ustaz nak main-main bab ini,” komen netizen.

Bagaimanapun terdapat juga segelintir netizen yang sependapat dengan Aeril bahawa itu adalah efek mekap demi menjayakan sebuah filem terbaru yang bakal dijayakan oleh Ustaz Kazim sendiri.

Ada juga yang membidas dengan mengatakan bukanlah masa yang sesuai untuk pendakwah popular tesebut membuat gimik berkenaan sakit kulit yang dihidapi beliau .

Bagaimanapun akhirnya persoalan terjawab apabila jurumekap yang terlibat tampil membuat kenyataan berkenaan dengan peyakit Ustaz Kazim di laman Facebook miliknya.

Difahamkan pendakwah selebriti itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Nampaknya dalam kes ni, kedua-dua berita adalah benar. Betul, Ustaz Kazim sedang meghidapi sakit kulit dan tidak salah juga bahawa gambar yang dikongsi adalah hasil efek make up ke atas kulit yang sakit itu.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL