spot_img

Ustaz Kazim Elias Rayu Bantuan Ubati Penyakit Dialaminya

- Advertisement -

PENDAKWAH bebas terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias merayu kepada orang ramai untuk membantu mengubati penyakit yang ditanggungnya ketika ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi laman Facebook peribadinya sebentar tadi.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” tulisnya di laman Facebook.

- Advertisement -

Artikel Berkaitan: MUA Tampil Berhubung Sakit Kulit Ustaz Kazim Elias, Aeril Zafrel Pula Dikecam Kurang Simpati

Dalam perkongsiannya itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan keadaan yang sedang dialami dibahagian tangannya.

Perkongsian berkenaan turut menerima ribuan komen daripada pengikutnya di laman facebook.

- Advertisement -

Rata-rata ramai meluahkan rasa simpati dengan penderitaan yang sedang dihadapi oleh pendakwah yang banyak berjasa kepada umat Islam di negara ini.

Malah, mereka turut berdoa kepada yang Maha Esa supaya segala penyakit yang dihadapinya diangkat dan diberikan kesembuhan dengan segera.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL