spot_img

Peminat Siasat Harga Katil Unik Bilal Selepas Didedahkan Neelofa, Boleh Buat Downpayment Myvi!

- Advertisement -

SEBUT saja nama bekas pengacara rancangan MeleTOP, Neelofa pasti ramai mengenali, lebih-lebih lagi setiap yang ditunjukkan oleh aktres tersebut di media sosial sering menjadi perhatian netizen sejak bergelar seorang ibu.

Meskipun Neelofa masih belum mendedahkan wajah putera sulung yang diberikan nama Muhammad Bilal, ramai orang geram melihat susuknya yang sangat montel dan putih gebu itu.

Terbaharu, perkongsian pelakon drama terkenal Suri Hati Mr. Pilot menerusi hantaran di Instagram Story yang memaparkan katil dan anaknya sedang tidur di situ tular di laman TikTok. Difahamkan, video tersebut dimuat naik semula orang salah seorang peminat aktres tersebut.

@seorangnur MasyaAllah, membesar dengan sihat ya Bilal 🥰 #neelofa #harisismail #bilal #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca #baby ♬ Wait A Minute! (Duckhead Edit) – Duckhead Dj Kasur
- Advertisement -

Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang pengguna TikTok yang dikenali fiffy bertanya akan katil yang menjadi tempat tidur Bilal tersebut.

- Advertisement -

Menurut pengguna tersebut, katil tersebut adalah berjenama Snoo Smart Sleeper Baby Bassinet dengan mengatakan harga tersebut agak ‘keras’ iaitu bermaksud mahal.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengguna tersebut, kebanyakan peminat dilihat bertungkus-lumus melakukan penyiasatan mengenai harga sebuah katil untuk seorang Bilal.

- Advertisement -

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang dikenali @sitinoorfarana, dia membuat semakan harga katil tersebut di laman e-dagang Shopee dan terkejut kerana platform berkenaan sahaja sudah bernilai RM16,899.

@sitinoorfarana Reply to @seorangnur tempat tido saja 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 #ngisau ♬ Breakbeats Bang Jono – SZ.Bowo😎🤙

Ekoran itu, ramai tidak menyangka harga yang dikatakan keras tersebut sebenarnya memang keras dan boleh dijadikan sebagai nilai hantaran perkahwinan.

Tidak kurang juga, ada yang berseloroh sebaik sahaja mendapat tahu harga sebuah katil anak pelakon berbakat besar itu.

Kau rasa? Ada apa-apa nak komen? Jangan lupa share sekali dengan kawan-kawan tau!

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL