spot_img

Ini Respon Tidak Masuk Akal RapidKL Isu Lif Rosak Lebih Setahun Terhadap Golongan OKU

- Advertisement -

SEBUT saja mengenai pengangkutan awam, pastinya orang ramai cukup tahu lokasi servis pengangkutan awam ini tersedia buat semua pihak tanpa diskriminasi kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, masih terdapat beberapa tempat yang masih tidak mempunyai fasiliti yang lengkap dan berfungsi dalam membantu golongan OKU menggunapakai servis pengangkutan awam dengan mudah dan lancar.

Terbaharu, tular di Twitter apabila seorang pengguna @xXpearlyXx berkongsikan realiti yang terpaksa dilalui oleh golongan OKU sehingga terpaksa memanjat tangga sambil bertongkat kiri dan kanan berikutan eskalator dan lif stesen Ampang Park yang rosak. Lebih mengejutkan, eskalator dan lif di stesen ini dilaporkan sudah setahun didapati rosak.

- Advertisement -

Di sebalik kerosakan yang berlaku, perhatian netizen tampaknya lebih tertumpu terhadap respon @AskRapidKL yang memaklumkan agar mereka yang memerlukan bantuan memaklumkan pihak staf di kaunter.

- Advertisement -

Respon yang diberikan membuat para netizen berang dan bingung memikirkan solusi yang boleh dilakukan para staf bagi membantu individu OKU memanjat tangga yang tinggi. Tidak kurang juga bertanyakan sama ada kaunter staf tersedia di tingkat atas atau pada tingkat bawah agar membolehkan golongan OKU mendapatkan bantuan.

- Advertisement -

Sehubungan dengan itu, netizen berharap agar pihak admin Rapid KL tampil dengan jawapan yang lebih buat bacaan para netizen serta mengharapkan eskalator dan lif di stesen Ampang Park dapat segera dibaiki bagi membantu golongan OKU dan warga emas mengakses pengangkutan awam dengan mudah.

Korang rasa okey ke dengan respon RapidKL macam tu? Cuba komen dan kongsikan pada rakan-rakan lain. Terima kasih banyak!

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL