spot_img

Lelaki Ini Terpaksa Tanggung Paru-Paru Bocor Dan Dada Ditebuk

- Advertisement -

KALAU ada antara korang yang cuba untuk berhenti merokok, usaha ini patut dipuji. Nak berhenti merokok bukan senang kerana tabiat merokok ni berkait rapat dengan emosi dan jiwa. Orang sekeliling pun kenalah berikan sokongan kepada mereka. Barulah bersemangat nak berhenti!

Penguatkuasaan terhadap kegiatan merokok perlu dibuat agar kesihatan diri lebih terjaga. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mensasarkan pengurangan jumlah perokok di Malaysia sebanyak 15 peratus menjelang tahun 2025. Bukan untuk diri sendiri, malah orang sekeliling juga.

Antara alternatif untuk berhenti merokok yang agak popular sekarang adalah dengan menggunakan vape. Namun, lain pula yang dialami oleh seorang lelaki ini akibat menggunakan vape sehingga terlantar di hospital.

@sxffiinzm #takfyp ♬ original sound – @KyLe
- Advertisement -

Dalam video yang dimuat naik oleh @sxffiinzm atau lebih dikenali sebagai Sue ini memaklumkan yang suaminya mengalami paru-paru bocor akibat penggunaan vape yang berlebihan. Menurutnya lagi, dada suaminya ditebuk untuk keluarkan asap berlebihan dalam paru-paru.

Lebih teruk lagi, lelaki tersebut juga menghidap asma dan asap dari vape tersebut telah melemahkan sistem paru-parunya. Tambahnya lagi, jika proses tersebut tidak berjaya, suaminya harus dibedah.

- Advertisement -

Sue menyatakan dengan lebih lanjut tanda paru-paru bocor adalah ketika hendak bernafas, dada rasa mencucuk dan bunyi air. Selain itu, terdapat juga kesukaran untuk bernafas dan badan rasa sangat lemah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendoakan kesihatan suaminya dan ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama akibat penggunaan vape.

- Advertisement -

Semoga suami Sue cepat sembuh dan boleh jalankan aktiviti harian dengan normal!

Lepas baca artikel ni, korang rasa seram tak nak teruskan hisap vape? Apa komen korang dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan-rakan lain. Terima kasih banyak!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join channel Telegram Aku Papan Kekunci DI SINI

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL