spot_img

Halo Delivery Sedia Bantu Peniaga Luar Bandar, Bukan Sekadar Penghantaran Makanan

- Advertisement -

BAK cendawan tumbuh segar selepas hujan, begitulah perumpamaan pembangunan aplikasi mudah alih pada masa kini terutamanya dari segi perkhidmatan penghantaran.

Halo Delivery juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan aplikasi mereka pada tahun 2019 dan kini sudah kelihatan berwajah baharu.

Namun malangnya, kebanyakkan kemudahan aplikasi penghantaran yang wujud hanya terpakai di kawasan bandar dan kurang memuaskan dikawasan luar bandar.

- Advertisement -

Apa yang mengagumkan ia dimiliki dan diusahakan sepenuhnya oleh anak tempatan yang bermula di Batu Pahat Johor.

Namun malangnya, kebanyakkan kemudahan aplikasi penghantaran yang wujud itu hanya terpakai di kawasan bandar dan kurang memuaskan dikawasan luar bandar

Oleh itu, Halo Delivery menampilkan ciri-ciri uniknya yang tersendiri dimana mereka akan menjadi salah satu platform terunggul yang akan membantu peniaga di luar bandar agar mereka boleh menjana pendapatan dengan lebih baik.

Halo Delivery Fokus Kawasan Pinggir Bandar Dan Luar Bandar

- Advertisement -

Halo Delivery bukan sahaja menampilkan sistem ‘Tempahan Penghantaran Pada Hari Yang Sama’ namun, ia juga memberikan tumpuan penuh kepada kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang terletak sejauh 40 kilometer penghantaran.

Ini merupakan salah satu peluang yang terbaik kepada peniaga kecil seperti PKS, peniaga gerai, Food Truck dan restauran yang bertapak di luar bandar untuk meraih pendapatan yang lebih lumayan.

Malah, mereka juga boleh memulakan perniagaan dari rumah sahaja dengan menyediakan makanan berasaskan Home-Cooked dan dihantar oleh Halo Rider.

- Advertisement -

Halo delivery kini di PENANG

Tidak tertakluk kepada makanan sahaja, Halo Delivery juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lainnya seperti mengambil barangan daripada peniaga dan dihantar terus kepada pelanggan yang biasanya terdiri daripada barangan niaga, runcit, ataupun dokumen.

Perkhidmatan penghantaran ubat-ubatan untuk para pelanggan juga dialukan-alukan bagi mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan perubatan. Ini membuktikan bahawa Halo Delivery sangat menerapkan ikatan mesra pelanggan dan kepentingan awam terutamanya warga emas dan orang kurang upaya.

May be an image of car and text that says 'halaj alpro 大幸福商 pharmacy farmasi alpro R pharmacy ANDA PESAN alpro YOU ORDER, WE DELIVER. 便捷快送。 019-694 8923 CALL NOW NOW 019-702 1923 019-612 9006 Tongkang Tong Pecah, Batu Pahat'

Selain itu, aplikasi Halo Delivery ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada agensi kerajaan, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang juga rakan rasmi ekonomi perkongsian untuk program eRezeki dan sedang giat melebarkan sayap mereka ke luar negara untuk membuka peluang lebih banyak.

May be an image of text that says 'TM MDEC haloje Halo Delivery adalah rakan kongsi rasmi MDEC kepada eRezeki programme untuk Sharing Economy platform.'

2 Juta Penghantaran

Sejak aplikasi ini diperkenalkan, ianya terus mencatat peningkatan jumlah penghantaran yang tinggi dan dijangka akan terus meningkat dan telah berjaya mencapai 2 juta penghantaran awal tahun ini.

Malah disekitar penubuhannya pula, mereka sendiri telah mencatatkan sebanyak 23 ribu peniaga yang telah berjaya mendaftar dan menggunakan perkhidmatan Halo Delivery terutamanya di kawasan luar bandar.

تويتر \ Halo Delivery على تويتر: "Tahniah Cik Eisya Umaira, pelanggan bertuah Delivery ke 2,000,000! 🥳 Orang Pagoh, Johor ni bohhh.. Jangan lupa untuk LIKE, SHARE halo delivery FB dan TAG 5

Insentif Menarik Untuk Pengguna

Sebagai pengguna semestinya kita mahukan perkhidmatan yang terbaik apabila melibatkan perkhidmatan penghantaran makanan. Pesan makanan anda dengan menggunakan Halo Delivery dan nikmati pelbagai tawaran yang menarik disediakan seperti Member-Get-Member dimana anda akan mendapat insentif 1% daripada kos makanan tersebut setiap kali rakan anda membuat pesanan.

Menarik bukan? Malah ianya akan dikreditkan terus ke akaun e-wallet Halo Delivery anda. Bukan itu sahaja aplikasi ini sangat mesra pengguna dimana pengguna boleh menikmati pelbagai diskaun dan juga promosi yang diadakan pada setiap bulan.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎halaje Menjimatkan Masa Mudah halo delivery Lapar? halo je! Perkhidmatan Kami: Food Murah Mesra שM Express Mart halola Frozen holodelivery Pharmacy Member Get Member Jemput akan anda daftar dengan kod eferral. Setiap kali rakan anda buat pesanan, insentif sebanyak 1% dari kos pesanan akan dikreditkan ke halo e-wallet anda. Anda hanya perlu Lokasi Penghantaran Pilih Kategori Klik profile, pilih referrals Klik invite friend untuk kongsi link kod referral anda Konfirm Order Dan Pilih Cara Bayaran halo delivery sampai Muat turun dan pesan sekarang melalui: halo.express App Store f Halo Delivery halofooddelivery ل halodelivery_official Google AppGallery‎'‎‎

Tiada Penalti Dan Kontrak Untuk Peniaga

Bagi peniaga pula, mereka akan mendapat pelbagai kelebihan apabila menyertai sebahagian team Halo Delivery dimana mereka tidak dikenakan sebarang penalti, tiada ikatan kontrak mahupun yuran bulanan malah pendaftaran adalah secara percuma.

Bahkan, Halo Delivery juga sangat mengalu-alukan para suri rumah ataupun ibu tunggal untuk menyertai Halo Delivery dengan memulakan perniagaan mereka dari rumah (Home-Cooked) bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka seterusnya menjadi usahawan yang berjaya.

Manfaat Menjadi Team Rider

Setiap Team Rider yang menyertai Halo Delivery akan menerima pelbagai manfaat terutamanya dari segi keselamatan dimana mereka akan diberikan insurans kemalangan sekiranya kemalangan berlaku ketika bekerja.

Tidak cukup dengan itu sahaja, Halo Delivery juga menyediakan pelbagai kelebihan seperti insentif secara bulanan dan tidak ada sebarang penalti yang dikenakan. Bahkan mereka juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan oleh pihak syarikat.

Halo Delivery BTHO, Lebuh Utama Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor (2022)

Sertai Team Rider Halo Delivery di kawasan anda sekarang dan mula jana pendapatan anda!

Halo Delivery sentiasa mengalu-alukan kesemua usahawan kecil dan besar menyertai team Halo Delivery kerana secara tidak langsung ia akan membantu mencipta banyak peluang perkerjaan kepada belia muda dan juga kepada mereka yang memerlukan pendapatan secara tetap ataupun sampingan.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL