Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Perkongsian Wanita Ini Menarik Perhatian Ramai, Situasi Sebenar Bagi Mereka Yang Tinggal Di Cameron Highlands
spot_img

Perkongsian Wanita Ini Menarik Perhatian Ramai, Situasi Sebenar Bagi Mereka Yang Tinggal Di Cameron Highlands

- Advertisement -

ANTARA lokasi yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk pergi bercuti adalah Cameron Highlands. Bukan sahaja terdapat pemandangan indah malah cuaca di sana yang sejuk daripada biasa turut menjadi antara faktor tarikan utama orang ramai mahu ke sana.

Namun baru-baru ini, sebuah perkongsian dari seorang wanita ini menarik perhatian ramai apabila dia berkongsikan situasi sebenar bagi mereka yang tinggal di Cameron Highlands. Malah video tersebut juga viral dikongsikan sehingga ia meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

@nraliia but still i love living here 😂 #fyp#cameronhighland ♬ original sound – 🧚🏻

- Advertisement -

Di dalam video yang dikongsikan, wanita itu yang sudah lama menetap di Cameron Highlands berkongsikan pelbagai perkara yang perlu dilalui bagi penduduk di sana. Memandangkan cuaca di sana lebih sejuk dari kebanyakan tempat di Malaysia, sudah pasti ada banyak perbezaannya.

Antara aktiviti harian yang berbeza di sana ialah dia terpaksa memakai stoking di dalam rumah kerana lantai yang sejuk. Malah aktiviti harian yang melibatkan penggunaan air juga turut berbeza seperti mencuci pinggan mangkuk dan mandi seperti biasa.

- Advertisement -

Lebih mengejutkan, minyak masak yang disimpan juga menjadi beku dek cuaca yang terlalu sejuk sehinggakan makanan di sana juga cepat sejuk kerana turut sama dipengaruhi cuaca itu.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut tertarik melihat perkongsiannya ini. Malah mereka yang pernah bercuti di Cameron Highlands juga turut berkongsikan pengalaman yang sama seperti yang dilalui oleh wanita tersebut.

- Advertisement -

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL