spot_img

Jual Minyak Masak Macam Di Stesen Minyak Petrol, Siap Dengan Pam Dan Nozel Lagi

- Advertisement -

BAYAR, isi dan siap!

Kebiasaannya kita dapat lihat situasi penggunaan ini di stesen pam minyak petrol dan diesel sahaja. Tiada apa yang pelik mengisi petrol ke kenderaan menggunakan cara ini.  Terus boleh bergerak ke lokasi yang ingin dituju.

Namun, lain pula situasinya dalam satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok pemuda ini. Dalam rakaman itu, cara jualan ini bukan petrol tetapi minyak masak. Siap dengan pam dan nozel, tapi yang keluar adalah minyak masak.

- Advertisement -

Menerusi rakaman yang dimuat naik itu, kelihatan seorang pemuda lelaki sedang mengisi beberapa beg plastik dengan minyak masak tersebut. Berikut adalah perkongsian rakaman menunjukkan cara jualan minyak masak yang agak unik:

@izamcashcredittkbh di lakoni boss.♬ DJ Bbhm Rihana By DJ Opus – DJ Opus

Cara ini memang lain dari yang lain! Siap ada pam dan nozel sebiji macam jual petrol atau diesel. Perkongsian rakaman cara unik minyak masak dijual macam petrol pump ini telah meraih lebih 1.8 juta tontonan dan 69 ribu likes.

- Advertisement -

Rata-rata netizen turut teruja menyaksikan perkongsian video tersebut dan ada yang bertanya dimana lokasi jualan minyak itu. Ini antara reaksi netizen mengenai perkongsian tersebut:

- Advertisement -

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda di Channel Telegram

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL