Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Bainun Ajak Makan King Crab, Bella Makan Nasi Goreng Bercampur Cili Dalam Nisbah Yang Banyak
spot_img

Bainun Ajak Makan King Crab, Bella Makan Nasi Goreng Bercampur Cili Dalam Nisbah Yang Banyak

- Advertisement -

SEPERTI yang kita sedia maklum, kes perbicaraan seorang gadis remaja Sindrom Down iaitu Bella masih lagi berjalan di mahkamah dan berlanjutan dengan pelbagai dakwaan lain serta saksi yang tampil membantu memberikan keterangan.

Terbaru, menurut sumber Sinar Harian, rakan kepada Pengasas rumah Bonda telah memberitahu kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin lalu bahawa, tetamu yang hadir ke rumah Siti Bainun Ahd Razali disajikan makanan mahal iaitu ‘king crab’ namun apa yang menyedihkan daripada kenyataan itu, saksi tersebut juga menyatakan bahawa Bella didera dengan cara memakan cili.

Sksi pendakwaan kelapan ini yang juga seorang Pegawai Penyelidik Undang-Undang disebuah firma guaman, Suhana Zam berkata sedemikian ketika menghadiri prosiding kes penganiayaan Bella yang membabitkan pengagas Rumah Bonda di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

- Advertisement -

Menurut saksi, beliau berkata kejadian itu berlaku dalam dua kejadian yang berasingan iaitu pada Mei dan Jun 2021 ketika berada di sebuah kondominium di Wangsa Maju.

Menurutnya lagi, saksi berkenaan juga memberitahu mahkamah bahawa beliau sering ke kondominium yang didiami oleh Siti Bainun, namun mendakwa keadaan Bella pada 13 Jun adalah yang paling teruk sekali.

Saksi yang berusia 40 tahun itu juga berkata, beliau ternampak muka Bella iaitu bermula daripada kening sehinggalah bawah mata terdapat kesan lebam sebear tapak tangan. Ketika menjawab soalan yang ditimbukan oleh Timbalan Pendakwa RAya Nor Azizah Mohamad, saksi turut mendakwa bahawa beliau ternampak rambut remaja Sindrom down itu dipotong pendek sehingga ‘tobek’, lebam pada muka dan kelihatan dalam ketakutan.

Berikut Merupakan Soal Jawab Timbalan Pendakwa Raya Bersama Saksi ke Lapan

- Advertisement -

Nor Azizah: Kenapa kamu ke kondominium pada tarikh itu?

Suhana: Siti Bainun ajak makan ‘king crab’ untuk ‘shell out’, saya tiba di rumah itu dengan Haiza, pada jam 5 petang. Setibanya di sana, saya terkejut dengan keadaan Bella, bila ditanya, Siti Bainun jawab ‘mereka bergaduh’.

Nor Azizah: Selepas itu apa yang terjadi?

- Advertisement -

Suhana: Saya tanya kenapa tak bawa Bella ke klinik, tapi Siti Bainun kata, dia dah letak ubat pada Bella. Saya tak tanya lagi, sebab tak nak bergaduh, saya terus duduk dan tengok Bella beberapa kali, dalam hati rasa ada yang tak kena.

Nor Azizah: Jadi seterusnya apa yang berlaku?

Suhana: Tak ingat jam berapa, dua lagi rakan kami tiba, kami tunggu hingga malam, sebab Siti Bainun cakap nak masak. Dia dibantu oleh penghuni rumah itu, iaitu Aida, Balqis dan Yasmin, bila nak makan, tetamu dan Siti Bainun duduk di meja makan namun penghuni rumah itu tidak diajak untuk makan bersama.

Nor Azizah: Bella maca mana?

Suhana: Dia tak disuruh ambil makanan, macam dibiarkan sahaja, berdiri di dinding, saya mula rasa bersalah, tapi pada saya, waktu itu bukan waktu yang sesuai untuk membangkitkan isu Bella dengan Siti Bainun.

Selain itu, saksi ini berkata, pada bulan Mei tahun sama, Siti Bainun pernah memegang dagu remaja sindrom Down itu dan memaksanya untuk makan nasi goreng bercampur cili.

Beliau berkata, pernah melihat Siti Bainun meletak cili potong dalam nisbah yang banyak, dalam nasi goreng.

“Saya tak tanya lebih lanjut dengan Siti Bainun sebab saya bimbang dengan reaksinya pada saya atau keselamatan Bella.

“Jika saya buat laporan, bolehkah pihak berkuasa datang dan ambil Bella pada perjumpaan pertama, jadi saya tunggu waktu yang sesuai untuk ambil tindakan,” katanya.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan balas oleh peguam yang mewakili Siti Bainun, Nur Ellena Mohamed Razif yang menyatakan tiada keperluan untuknya membuat laporan selepas melihat keadaan Bella, saksi itu berkata tidak setuju.

Pada prosiding pagi Isnin, saksi itu memaklumkan bahawa, selepas ‘shell out’, dia bermalam di rumah kondominium itu dan menunggu untuk menonton perlawanan bola sepak UEFA Euro.

Nur Ellena: Kamu ada beritahu mahkamah sebelum ini, lepas makan, kamu dan Siti Bainun lepak bersama, berbual dari jam 12 tengah malam sambil menunggu untuk menonton perlawanan bola sepak.

Suhana: Ya.

Nur Ellena: Masa itu kamu ada dengan Siti Bainun sahaja, kamu ada peluang untuk tanya tentang keadaan Bella, setuju tak?

Suhana: Tidak Setuju.

Nur Ellena: Sepanjang malam, kamu teruskan tengok bola, tak tengok Bella di bilik dobi.

Suhana: Setuju.

Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Datuk Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun, saksi itu berkata, sepanjang perkenalannya dengan Siti Bainun, bermula 2009 hingga 2022, dia pernah melihat remaja itu didera oleh tertuduh.

Bentuk penderaan itu katanya, adalah seperti makan cili, dijerit, berdiri dan duduk selama berjam-jam.

Bagaimanapun katanya, tidak pernah melihat Bella dipukul dengan besi langsir atau disimbah air panas oleh Siti Bainun.

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun.

Prosiding bagaimanapun akan disambung semula.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL