spot_img

Dua Pekerja Maut Di Stadium Sultan Ibrahim, Terjatuh Pada Ketinggian 27 Meter

- Advertisement -

KECOH di sosial media semalam apabila satu laporan kematian telah dimuatnaik melibatkan agensi pembersihan di Johor Bahru. Dua mangsa yang dilaporkan maut dipercayai terjatuh pada ketinggian 27 meter di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam difahamkan semasa melakukan kerja-kerja pembersihan.

Kedua-dua mangsa bagaimana pun dikatakan terjatuh dari bumbung kanvas ke atas pagar ‘British reinforced Concrete’ (BRC) stadium dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Stadium Sultan Ibrahim Johor

- Advertisement -

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor Husdin Che Amat berkata, jabatan itu telah pun menghantar sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan lebih lanjut berhubung dengan insiden kemalangan yang melibatkan dua orang lelaki yang dipercayai warga tempatan.

“Hasil siasatan awal mendapati bahawa kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai juruteknik ditugaskan secara berpasangan bagi membuat kerja-kerja pembersihan bumbung kanvas stadium menggunakan teknik ‘rope access’ di atas kawasan berdekatan pintu masuk Gate A berhadapan Ibu Pejabat Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)”.

Mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa kedua-dua manga yang berumur 34 tahun dan 35 tahun itu, Husdin berkata kepada JKPP, mereka sangat memandang serius setiap kemalangan serta penyakit pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan. Beliau juga menegaskan siasatan lanjut secara terperinci akan segera dilakukan untuk melengkapkan hasil siasatan.

- Advertisement -

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Pekerja yang bekerja di tempat tinggi terdedah kepada risiko bahaya, namun ia boleh dikurangkan sekiranya majikan menggunakan instrumen (peralatan) yang sistematik terdiri daripada tiga proses utama iaitu pengenalpastian hazard (bahaya), penaksiran risiko dan kawalan risiko (HIRARC).

“Selain itu, majikan juga boleh merujuk kepada Garis Panduan Pencegahan Jatuh di Tempat Kerja yang dikeluarkan oleh JKKP pada 2007,” katanya.

- Advertisement -

Semalam, dua pekerja pembersihan secara kontrak di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dilaporkan maut terjatuh ketika membuat kerja-kerja pembersihan di stadium berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam laporan mengatakan kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sulatanah Aminah (HSA) di sini untuk proses bedah siasat dan terkini kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL