SEPERTI yang kita semua sedia maklum, penggunaan kad Touch `n Go dan SmartTag sentiasa menjadi isu dikalangan pengguna lebuh raya. Walaupun sudah menjangkau pertengahan tahun 2022 namun, pengguna adakalanya masih terpalit sedikit sebanyak isu semasa penggunaan lorong tersebut.
Seperti yang dimuatnaik di Twitter baru-baru ini, seorang pengguna lorong Touch `n Go mendakwa telah dimarahi oleh penunggang motorsikal yang menunggunya untuk membuka palang tol bagi membolehkan dia keluar melintasi palang tersebut.
Menurut pemilik akuan twitter tersebut, beliau menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku pada waktu awal pagi dan dalam masa yang sama, terdapat dua orang penunggang motorsikal yang berada berhampiran palang tersebut menunggu kehadiran kenderaan untuk menyentuh kad Touch `n Go.
Namun, malangnya ketika kejadian, ia merupakan giliran pemilik akuan twitter tersebut untuk melalui palang tol tersebut.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan pemandu kereta dengan secara perlahan-lahan menghamipiri kedua-dua penunggang motorsikal tersebut yang berada berhampiran palang tersebut. Salah seorang penunggang kelihatan cuba untuk keluar daripada palang tersebut dengan menyengetkan motorsikalnya namun percubaanya tidak berjaya.
Disebabkan percubaanya gagal, penunggang tersebut mula menbunyikan hon motorsikalnya dan memarahi pemandu kenderaan kerana lambat menyentuh kad Touch `n Go dengan mengangkat tangannya menunjuk ke arah pemandu kereta tersebut.
Lantas daripada kejadian itu, kebanyakkan warganet bertindak mengecam tindakan kedua-dua penunggang motorsikal tersebut kerana mengambil kesempatan terhadap orang lain serta tidak menggunakan lorong motorsikal yang telah disediakan untuk kenderaan beroda dua.
Happened today at Duke Highway
Xtau nakk cakap …. But such brainless people indeed … Tau lorong TnGo, nakkkk masukkk jgkkk pastuu sound aq tukk bukak palang 🤬😡 mmng Xde laa broo …. pic.twitter.com/8PzASOE0T2— twt cctv (@twtcctv) June 8, 2022
Utk pengetahuan, kalau kita bayar tol and angkat palang, then motor tu jalan, sensor akan detect dah ada org keluar and kena bayar sekali lagi. So kalau kau bawak moto jgn jadi bodo lembu mcm ni. Sekian. https://t.co/bsLERkRjXJ
— bangpan.7 (@IrfaanAqil) June 8, 2022
Lain macam ye bodoh dia. Kalau guna lorong motor dah jauh pergi dah. https://t.co/DUbuUiKkth
— Pijie 🇲🇾 (@pijie118) June 8, 2022
Bukan itu sahaja, netizen juga menyatakan bahawa terdapat beberapa insiden terlanggar palang tol kerana sikap segelintir penunggang motorsikal yang mementingkan diri sendiri namun, masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil bagi mencegah kejadian yang sama berulang kembali.
Lalu tol free ikut lorong motor ❎
Lalu tol minta kereta bayarkan ✅Terpaling ‘cerdik’ golongan macam ni https://t.co/VIhmdj3JyT
— La Feliz Fredoliona (@acapspears) June 8, 2022
Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: