spot_img

Ibu Kekasih Pengsan, “Saya Akan Saman Wanita F Dan Portal Berita”

- Advertisement -

SEJAK kes penceraian bersama Ellie Suriaty pda 17 Mei lalu, Azri hangat diperkatakan apabila dia dengan beraninya tampil untuk memberitahu kepada pihak umum bahawa dirinya bakal bernikah dengan seorang wanita yang bernama Azra Diera.

Susulan daripada itu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai F pula mendakwa dijanji bernikah dan mendakwa sudah berjumpa dengan keluarga pelakon itu di kampungnya.

Bagaimanapun, akibat pendedahan itu pelakon Azri Iskandar menyelar tuduhan tersebut dan menganggap bahawa tuduhan wanita itu fitnah semata-mata dan mahu menjejaskan nama baiknya.

- Advertisement -

Azri Iskandar temui pengganti, kahwin dalam masa terdekat - Kosmo Digital

“Saya tidak pernah ajak dia (wanita F) kahwin. Saya akan saman dia. Saya hanya ajak Azra Diera seorang saja kahwin lepas saya bercerai bukannya perempuan itu. 

“Saya minta tolong dia hantar balik kampung sebab cukai jalan kereta dan lesen memandu saya sudah tamat tempoh selain minta hantar pergi kubur mak saya saja. Bukan kenalkan sebagai calon isteri seperti didakwa. Saya ada saksi tiga orang makcik saya. Mereka tahu saya ada cakap fasal kahwin atau tak.”

- Advertisement -

Dalam pada itu, Azri turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai calon yang tepat lagi pada masa itu. Namun pada 29 Mei beliau berkata dia telah dipertemukan dengan wanita yang bernama Azra Diera dan hanta mencintai Azra seorang.

“Waktu itu saya tidak ada calon isteri yang tepat lagi. Maka pada 29 Mei Allah temukan saya dengan Azra Diera. Saya balik kampung antara 25 atau 26 Mei. Saya belum kenal Azra lagi masa tu. Jadi, celah mana perempuan tu kekasih saya? Saya cintakan dan hanya ada Azra seorang. Cinta terakhir saya sampai mati.”

Beliau turut menjelaskan wanita yang bernama F itu ada datang ke rumahnya selepas berita mengenai dirinya bakal berkahwin dgn Dr Azra yang disiarkan pada 8 Jun lalu untuk mengetahui kesahihan berita tersebut.

- Advertisement -

“Saya tidak ada mesej perempuan itu. Cuma, pada hari berita mengatakan saya nak berkahwin dengan Azra Diera, dia ada datang ke rumah saya dan bertanya mengenai kesahihahan cerita itu. Saya cakap betul sebab Azra Diera kekasih saya.

“Kebetulan pada masa itu saya nak keluar sebab ada mesyuarat untuk pementasan teater. Tapi dia masih ada depan rumah. Selepas saya cakap nak panggil polis baru dia pergi,” katanya.

Dia turut memberitahu pihak media bahawa ibu kepada kekasihnya, pengsan dan telah dimasukkan ke hospital sejak pendedahan video temubual itu.

Lebih malang lagi, nama Azri juga digugurkan dari persembahan Teater Tan Sri Elyas keranan dikatakan membawa impak yang buruk terhadapp imej Tan Sri Elyas dan juga imej Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekalu penganjur.

“Mak Azra pengsan selepas tengok video temubual wanita itu. Sampai sekarang masih ditahan di hospital. Sedangkan mak dan ayah Azra menunggu masa saja saya bawa keluarga berjumpa mereka di Perlis. Mak dan ayah Azra pula sudah berumur 70 tahun lebih. 

“Saya juga digugurkan dari pementasan teater Tan Sri Elyas oleh DBKL kerana mereka pun ingat berita fitnah tu betul. Mereka tak tanya saya langsung tapi terus buang,” katanya.

Walaubagaimana pun, Azri berkata walaupun banyak rintangan yang datang Azra Diera, 43, tetap mencintai dirinya.

“Azra setia dengan saya. Dia tak ambil ‘port’ pun. Sejarah kami bermula 29 Mei hingga sekarang. Apa yang berlaku sebelum itu kami tak kisah kerana ia cerita lepas,” katanya.

Terdahulu, Azri selepas peceraianya dengan talak satu bersama isterinya Elly Suriaty, dia mengesahkan bakal bernikah dengan seorang wanitaa pilihannya yang juga seorang penulis skrip iaitu Azra Diera dan bakal menghantar rombongan merisik pada 23 Jun ini.

Pasangan itu dikatakan bercerai selepas 19 tahun hidup bersama dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17. dan Nur Azreen, 13 tahun.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL