spot_img

“MPK Rasuah, Hancurkan Rumah Saya”, Jiran Buat Renovasi, Lelaki Ini Kecewa Rumah Penuh Keretakan

- Advertisement -

SEMESTINYA tujuan kita membeli rumah adalah untuk menetap di kediaman tersebut untuk jangka masa yang agak panjang. Malah sekitar tahun 2022 kini, harga rumah pula mencatatkan kenaikan yang rata-ratanya sukar untuk dimilik kerana kos pembelian yang sangat mahal.

Bukan itu sahaja, malah ia menjadi impian sesetengah keluarga untuk mendiami kediaman yang mereka beli agar tidak perlu lagi berpindah-randah dan menyewa di tempat lain.

Namun, apa pula kesannya apabila rumah yang diduduki hampir 30 tahun ini bakal hancur dan musnah gara-gara tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

- Advertisement -

Ini sisi cerita seorang lelaki dimana beliau terpaksa berhadapan dengan masalah rumahnya yang hancur akibat tindakan renovasi yang dilakukan oleh jirannya. Malah akibat daripada renovasi tersebut beliau juga terpaksa menanggung kerugian yang amat ketara hasil daripada keretakan yang berlaku di dalam rumahnya.

Terbaru, seorang pengguna TikTok @rakeshbathumalai telah berkongsi beberapa video dimana beliau meluahkan rasa kecewa kepada kesemua pihak yang terlibat terutamanya mengenai kelulusan yang diberikan oleh  Majlis Perbandaran Klang sehingga menyebabkan jirannya menambah binaan sehingga struktur rumahnya terjejas teruk.

Menerusi video yang dikongsikan, pemilik rumah tersebut menunjukkan kawasan perumahan beliau merupakan taman perumahan teres yang bertingkat satu namun telah diubahsuai oleh jirannya menjadikan rumah teres bertingkat dua.

- Advertisement -

Malah, video yang dikongsikan pula jelas menunjukkan terdapat banyak keretakkan yang jelas kelihatan sama ada di lantai, dinding mahupun siling rumah yang telah roboh.

Sudah jatuh ditimpa tangga itulah perumpamaan yang tepat diberikan melihat keadaan rumah Rakesh dimana beliau juga mengalami kerugian dan mendakwa rumahnya juga dimasuki perompak kerana tidak dapat mendiami rumah berkenaan atas sebab bimbang akan keselamatan mereka sekeluarga.

Perkongsian video juga menunjukkan pihak daripada Majlis Perbandaran Klang telah membuat tinjauan dan menandakan kesemua keretakan yang berlaku di rumahnya namun, beliau mendakwa sudah beberapa kali aduan dilakukan namun tidak ada sebarang tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk membela nasib yang dialami oleh mereka.

- Advertisement -

Disamping itu juga, selain merasa kecewa dan terpaksa menanggung kerugian yang tinggi, Rakesh turut menyuarakan pendapatnya dimana beliau merasa pelik bagaimana pihak berkuasa boleh meluluskan pembinaan tambahan tanpa mengambil faktor risiko sehingga binaan siap.

Lihat Video Lanjut Di Bawah :

 

Tidak ketinggalan, rata-rata netizen turut berasa sedih dan bersimpati melihat keadaan rumah lelaki tersebut.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL