Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Sorakan Penyokong Menyebabkan Pemain Hilang Fokus, Faizal Azumu Mohon Maaf
spot_img

Sorakan Penyokong Menyebabkan Pemain Hilang Fokus, Faizal Azumu Mohon Maaf

- Advertisement -

“JANGAN salahkan Farizal”. Demikian kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengenai kritikan yang dilemparkan daripada penyokong terhadap penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Farizal Marlias susulan kesilapan mudah dengan menghadiahkan sepakan penalti pada perlawanan menentang Bahrain pada Sabtu lalu.

Katanya, kekalahaan 1-2 pasukan negara kepada Bahrain dalam kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium  Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu adalah adat perlawanan.

Namun, beliau juga mengakui bahawa ramai yang berasa sedih dengan kelalahn itu akan tetapi seharusnya tidak menyalahkan orang lain seolah-olah diri sendiri terlalu sempurna.

- Advertisement -

“Dalam apa juga perlawanan atau sukan, tentu ada menang ada yang kalah. Dalam permainan berpasukan, ada satu atau dua (pemain) yang akan melakukan kesilapan, ini semua adat permainan.

“Pada saya, Farizal banyak jasa kepada kita. Dia mendedikasikan hidupnya kepada sukan dan perlawanan tempoh hari.Tentunya dia tidak mahu gagal manun ia berlaku.

“Kita harap setiap kesilapn yang berlalu, kita belajar dan bukannya kita tuding hari sehingga merosakkan beliau sebagai atlet, kenang jasa beliau sebagai seorang pemain,”katanya.

- Advertisement -

Farizal secara langsung  menjadi bahan dan topik utama dibincangkan oleh warga media sosial susulan kesilapan mudahnya yang menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan iaitu Bahrain.

Manakala netizen pula, rata-rata tidak berpuas hati dengan kesilapan yang dilakukan meskipun pasukan Harimau Malaya bermain dengan baik sepanjang perlawan namun akhirnya kalah dengan mata 1-2 kepada pasukan lawan.

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan itu turut berkata bahawa persembahan pasukan negara ketika menentang Bahrain cukup bersemangat.  Namun diatas faktor penyokong di stadium juga menjadi salah satu penyebab pemain boleh kehilangan fokus semasa perlawanan tersebut.

- Advertisement -

“Selepas kita menjaringkan gol pertama, di luar padang ada kelibat beberapa pemain yang akan dimasukkan, antaranya ialah Guiherme De Paula yang sedang memanaskan badan untuk dimasukkan kedalam perlawanan.

“Pada ketika itu seluruh stadium bersorak, sejurus selepas sorakan itu, pemain telah hilang fokus menyebabkan kita terlepas gol.

“Jadi, kalau nak kata kita kalah disebabkan pemain seratus peratus pun saya rasa tidak juga. Sebagai orang yang berada di stadium, penyokong juga ada menyumbang kepada larinya fokus pemain pada ketika itu.katanya.

Namun selepas kenyataan itu dibuat, Ahmad Faizal memohon maaf atas kenyataan sebelum ini yang menyatakan sorakan penyokong menyebabkan pemain hilang fokus.

Permohoan maaf itu dimuatnaik menerusi laman Twitternya sendiri.

“Sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan dihargai.

“Bila dah kena balon, saya pun pening.

“Cakap-cakap bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya,” tulisnya.

Sumber:Utusan , Faizal Azumu (Twitter)

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL